Dah bosan dengan burger, apa kata kita cuba resipi kebab pula untuk anak-anak di rumah. Sesekali sediakan menu berbeza memang boleh tarik perhatian anak-anak.
Resipi kebab perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini memang simple dan ekspress tapi cukup sedap. Jom cuba!
Kebab daging 5 minit. Ringkas tapi cukup rasa. Sedap sangat. Murah, sedap, ringkas
Ika sefamily suke minum petang-petang. Dok mikir apa la nak masak untuk minum petang. Ha kebablah, kebab ekspress.
Bahan-bahannya:-
Daging cincang
Kobis -potong hancur
Timun -potong memanjang
Sos cili
Mayonis
Minyak
Roti boleh saja nak pakai
Roti keban
Roti john
Roti gardenia
Masak daging hingga keperangan. Sudah masak, buang minyaknya.
Masukkan kobis dan hirisan timun ke dalam daging yang sudah di masak.
Masukkan mayonis dan sos cili.
Gaulkan ia hingga sekata semuanya.
Masukkan ke dalam roti.
Taraaaaa siap, tak sabar nak makan.
Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)