Sebut sahaja apam susu, terbayang tekstur lembut dan enak dimakan begitu sahaja. Cara buat apam susu sebenarnya sangat mudah, simple kerana menggunakan bahan-bahan asas. Jom cuba resipi yang dikongsi ini.
Resepi Kek Apam Susu
Bahan-bahan:
4 biji telur gred A/B
4 sudu besar susu pekat
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis sgt)
1 sudu the kecil esen vanilla/esen pisang/esen rose
1 sudu besar Ovelette
2 cawan tepung gandum (diayak)
Pewarna
Cara Penyediaan:
(1) Blend telur, susu, esen vanilla, dan ovelette sampai kembang sehingga bewarna putih.
(2) Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yg diayak tadi dan kacau sehingga sebati.
(3) Asingkan 3 ke 4 bekas dan warnakan ikut warna kesukaan
(4) Masukan dalam loyang secara selang seli untuk mendapatkan corak seperti di dalam gambar.
(5) Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Kredit: Siti
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.