Ada ketikanya, kek batik yang kita hasilkan kurang menjadi. Ada yang lembut dan tidak rangup malah coklat ganache nya juga kurang menyengat.
Resipi siap lengkap dengan langkah demi langkah bergambar yang dikongsikan oleh Pn Noor Ashikin Saerah ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, lengkap dengan gambar satu demi satu. Confirm menjadi!
Kek batik ‘melting’ saya ni resipi asalnya hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa di FB. Tapi, saya dah olah supaya kurang manis & ganachenya lebih rich.
Susu pekat tu, dari 1 cawan, saya kurangkan kepada ¾ cawan & kurangkan lagi kepada ⅔ cawan. Yes. Hasilnya tak lah manis menyengat sangat & kena dengan selera saya & geng² KFC, kawan² adik saya ni.
Kek Batik ‘Melting’/ Kek Batik Ganache Coklat
Bahan-bahan (Loyang 10 inci x 10 inci):
Ads
Lapisan Bawah
2 bungkus (600 g) biskut Marie
1 ketul (250 g) mentega
½ cawan air
⅔ cawan susu pekat manis
½ cawan serbuk koko
1 cawan Milo
2 biji telur
1 sdt pes vanila
Lapisan Atas
1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
200 g coklat gelap
200 g coklat susu
2 sdb mentega
½ sdt minyak hazelnut
LB: – Alas loyang dengan kertas pembakar.
– Patah-patahkan biskut Marie. – Cairkan mentega di dalam kuali. – Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil. – Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api. – Masukkan biskut Marie. Gaul rata. – Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.
Ads
LA: – Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas. – Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil. – Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit. – Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati. – Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut. – Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.
Nota:
– Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lauk ayam antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya ayam goreng semata-mata, makan dengan nasi pun dah memadai.
Lagi bertambah selera jika anak-anak dapat makan ayam goreng panas-panas. Biasanya kalau ibu tak mahu peningkan kepala, menu ayam goreng kunyit, ayam goreng ala KFC ataupun berempah yang akan terlintas dalam fikiran.
Bagaimanapun untuk bagi kelainan rasa, ibu boleh cuba buat ayam goreng kari pula. Aroma rempah kari dengan gabungan beberapa bahan lain pasti membangkitkan selera anak. Kalau nak cuba, resipi Bella Shabudin ini sangat mudah.
RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kali ini bella nak share resepi campak-campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
Cara-cara:
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan
Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba 😘
Bosan dengan kerepek atau kudapan biasa, apa kata raya kali ini kita ubah citarasa dengan Popia Seaweed pula. Paling menarik, bahan membuatnya cukup mudah. Dengan hanya tiga bahan sahaja, kudapan tersedia untuk dijamah sambil menonton televisyen.
Nak tahu macam mana cara hendak membuatnya? Jom cuba resipi ringkas Pn Airina Aini.
Geng tak boleh rentas daerah masukkkk!! Kerepek terlajak sedap dan senang nak buat. Popia seaweed.
Bahan-bahan:
Kulit popia
Seaweed
Telur
Sapu telur seluruh permukaan kulit popia. Lipat kulit popia lapis seaweed. Seaweed tu potong 2 ya.
Dah siap lipat. Lepas tu gunting kecik-kecik. Ikut korang nak saiz macam mana. Potong kecik-kecik lagi syiok mengunyah kan.
Lepas goreng popia seaweed tabur perasa pasti sedap. Ni jangan tabur banyak-banyak, cukup buat rasa-rasa je.
Tapi kalau korang tak nak tabur perasa pun boleh.. popia seaweed dah ada rasa dia. Sedap jugak!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Labu antara makanan yang sihat dan cukup berkhasiat untuk bayi kita. Apa lagi kala digabungkan bersama oat yang sudah semestinya membekalkan serat dan khasiat yang cukup tinggi pada anak-anak kita.
Tercari-cari menu sarapan dan minum petang anak, resipi bebola labu dengan oat yang dikongsikan oleh Nazihah Nasir ini mama wajib cuba. Garing di luar dan cukup lembut di dalam. Malah hendak membuatnya pun cukup mudah. Jom cuba!
Menu berasaskan oat. Boleh lah buat sarapan pagi ke minum petang. Sedap sangat lembut di dalam anak sampai tak cukup tadi. Habiskan stock labu.
PUMPKIN OAT BALL
Bahan bahan
Labu
Oat
Kukus labu dan hancurkan.
Masukkan oat kacau sebati.
Bulat ikut bentuk kesukaan mummy.
Tipe waktu bulat tu tangan letak tepung sikit bagi tak melekat.
Siap digoreng. Taburkan serbuk cheese sebagai hiasan.