Ada ketikanya, kek batik yang kita hasilkan kurang menjadi. Ada yang lembut dan tidak rangup malah coklat ganache nya juga kurang menyengat.

Resipi siap lengkap dengan langkah demi langkah bergambar yang dikongsikan oleh Pn Noor Ashikin Saerah ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, lengkap dengan gambar satu demi satu. Confirm menjadi!

Resipi Kek Batik ‘Melting’, Ganache Coklat Lagi Pekat & Padu, Mudahnya!


Kek batik ‘melting’ saya ni resipi asalnya hasil perkongsian Tuan Adriana Arissa di FB. Tapi, saya dah olah supaya kurang manis & ganachenya lebih rich.

Susu pekat tu, dari 1 cawan, saya kurangkan kepada ¾ cawan & kurangkan lagi kepada ⅔ cawan. Yes. Hasilnya tak lah manis menyengat sangat & kena dengan selera saya & geng² KFC, kawan² adik saya ni.

Kek Batik ‘Melting’/ Kek Batik Ganache Coklat

Bahan-bahan (Loyang 10 inci x 10 inci):

IKLAN

Lapisan Bawah
2 bungkus (600 g) biskut Marie
1 ketul (250 g) mentega
½ cawan air
⅔ cawan susu pekat manis
½ cawan serbuk koko
1 cawan Milo
2 biji telur
1 sdt pes vanila

Lapisan Atas
1 kotak kecil (200 ml) krim putar tenusu
200 g coklat gelap
200 g coklat susu
2 sdb mentega
½ sdt minyak hazelnut

Resipi Kek Batik ‘Melting’, Ganache Coklat Lagi Pekat & Padu, Mudahnya!

LB: – Alas loyang dengan kertas pembakar.

– Patah-patahkan biskut Marie.
– Cairkan mentega di dalam kuali.
– Masukkan air, susu pekat manis, serbuk koko & Milo. Kacau sehingga tidak berketul dengan api kecil.
– Masukkan telur & pes vanila. Kacau dengan cepat. Masak seketika sehingga adunan mula mendidih sebelum menutup api.
– Masukkan biskut Marie. Gaul rata.
– Masukkan biskut Marie ke dalam loyang. Padat-padatkan. Letakkan ke dalam peti sejuk.

IKLAN

Resipi Kek Batik ‘Melting’, Ganache Coklat Lagi Pekat & Padu, Mudahnya!

LA: – Masukkan coklat, krim putar tenusu, mentega & minyak hazelnut ke dalam mangkuk tahan panas.
– Sediakan air panas (simmer) di dalam periuk untuk proses double boil.
– Letakkan mangkuk yang berisi coklat ke atas periuk. Biarkan seketika +-2 minit.
– Setelah 2 minit, kacau ganache coklat sehingga sebati.
– Biarkan ganache coklat dalam keadaan suam sebelum dituang ke atas lapisan biskut.
– Sendengkan loyang untuk meratakan coklat & letakkan ke dalam peti sejuk 8-12 jam/ semalaman sebelum dipotong.

Resipi Kek Batik ‘Melting’, Ganache Coklat Lagi Pekat & Padu, Mudahnya!

Nota:
– Potong kek batik dengan menggunakan pisau panjang yang dicelup ke dalam air panas. Lap pisau sehingga kering & potonglah mengikut saiz yang disukai.

IKLAN

Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Kek Batik Marie Indulgence, Hasilnya Cantik & Lembut Je, Memang Sedap

Kek Batik Tanpa Telur, Hanya Kacau & Gaul Je, Tekstur Biskut Pun Tetap Rangup

Resipi Kek Batik ‘Melting’, Ganache Coklat Lagi Pekat & Padu, Mudahnya!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI