Makan

Resipi Kek Batik Versi Lembut & Kenyal, Anak-anak Mesti Suka

Share

Bagi penggemar kek batik, wajib cuba resipi kek batik versi lembut dan kenyal ini. Anak-anak mesti suka sebab rasanya yang lembut dan kenyal pasti menambat selera. Nak buat pun tak susah.

Resipi Kek Batik Versi Lembut & Kenyal

Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba resipi kek batik versi lembut dan kenyal ini, bolehlah mencuba resipi seperti yang dikongsikan oleh saudari Mawar Wilsa ini. Kata beliau resipi yang dicuba daripada saudari Faridzoh mempunyai tekstur yang sangat enak dan lain dari yang lain. Sedap! Anak-anak pun suka sebab tidak keras. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Artikel berkaitan: Resepi Kek Batik Indulgence Versi Premium, Manisan Hari Raya. Anak-Anak Pun Suka!

Kek Batik Tanpa Telur Hanya Kacau, Gaul Je. Tekstur Biskut Pun Tetap Ranggup!

RESIPI KEK BATIK VERSI LEMBUT & KENYAL

BAHAN-BAHAN:

700gm Biskut Marie
250gm buttercup
1 tin susu pekat manis (500gm)
½ cawan serbuk koko + 1 tin susu air panas untuk melarutkan serbuk koko
2 cawan vico @ milo
3 biji telur – dipukul sedikit
Sedikit esen vanilla

Anak-anak Mesti Suka

CARA MEMASAK:

1. Masukkan buttercup, susu, vico @ milo dan serbuk koko yang telah dilarutkan ke dalam kuali. Kacau hingga semua bahan sebati.

2. Masukkan telur dan kacau laju-laju untuk mengelakkan adunan berketul.

3. Masukkan esen vanilla. Kacau hingga adunan hampir pekat.

4. Masukkan biskut marie dan gaulkan adunan dengan api perlahan sehingga semua biskut marie disaluti adunan coklat (kacau perlahan agar biskut tidak pecah).

5. Bila semuanya sudah bersalut coklat, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. (empunya resipi guna loyang persegi 9″)

6. Tekan dan padatkan adunan. Biarkan sejuk barulah letakkan ke dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau yang tajam.

Kredit petua & foto: Mawar Wilsa

Baca lagi: Kek Batik Horlicks Sedap. Tak Muak, Anak Pun Suka!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Published by
Has