Resipi Kek Coklat Moist Terlebih Leleh, Topping Padu, Sedap Sungguh!

Share

Sesekali di hujung minggu, kek coklat pasti menjadi kegemaran anak-anak. Tunaikan permintaan anak-anak, apa kata cuba Kek Coklat Moist padu ini. Topping padu ditambah dengan rasa sedap dan lemak terlebih. Memang power!

Bahan ringkas tapi sedap. Jom cuba perkongsian resipi dari Hazila Baharuddin.


Lepas hajat nak makan kek coklat moist.

Resipi Kek Coklat Moist

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 Cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak
Campur semua bahan A. Masak di atas api kecil hingga larut sebati. Bila dah sebati, tutup api.

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Ayak bahan B

Bahan C
3 Biji telur size A
1 Sudu kecil esen vanilla
Blender bahan c hingga kembang

Masukkan bahan A ke dalam. Bekas lain, masukkan pula bahan B dan C secara selang seli. Semuanya guna whisk sahaja ye. Bila dah sebati semua, kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.

Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih, kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.

Beli coklat masakan di SINI.

Masa kukusan bergantung kepada bekas, bekas yang paling kecil 10 minit, yang sedang 15-17 minit, kalau besar 40-45 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi kering, dah masak lah tu. 40 minit suhu 180 atas bawah.

Yang tanya bakar dalam bekas tu cair tak? Jawapannya tak cair sebab ada air dalam tray tu. Masih tak faham boleh google teknik waterbath.

Bahan Topping:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 cawan susu cair

Campurkan semua, masak secara double boil.

Jika nak lagi leleh, tambahkan lagi susu cair sedikit.

Selamat mencuba!

Menarik: Mula-Mula Mengantuk, Lepas 5 Minit.. Tya Ariffin Bimbang Tapi Teruja Anak Dah Sekolah

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM