Kek pandan layer sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kuih petang ataupun kudap-kudap. Baunya yang wangi semerbak dari jus pandan memang membangkitkan selera. Sesuai juga dijadikan sebagai kek hari jadi kalau mama nak buat untuk anak-anak.

Resipi Kek Layer Pandan Hasil Buatan Sendiri, Lembut & Lemak Berkrim!

Resipi kek layer pandan hasil buatan sendiri

Bahan-Bahan;

*Telur – 4 biji
*Gula castor – 240gm
*Ovelet – 1 sudu
*Asen vanila – 1 camca
*Pewarna – 1 camca
*Backing powder – 1/2 camca
*Tepung gandum – 170gm( ayak )
(Yg bertanda * mix 1 kali dalam masa 4 minit je)

Ads

Cara Penyediaan:

Minyak – 130gm (last sekali masukkan bila adunan dah gebu..kaup-kaup je)
Bakar dalam suhu 130°c dalam masa 45 minit ikut oven masing-masing la ya

Ads

Bahan Custard:

-Santan – 600gm
-Jus pandan – 400gm
-Air – 200gm
-Gula – 230gm
-Tepung kastard – 100gm
-Agar-agar – 10gm
-Pewarna hijau
-Garam – 1 camca

Ads

Cara Penyediaan:

Campurkan semua, masak hinga pekat dan ada leletup hihi tak tahu nak terangkan camna..ok tu je la pastu ratakan pada kek.

Ok selamat mencuba ya.

Kredit: geeabsha rozi wagiman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI