Makan

Resipi Kek Lobak Merah Versi Bayi, Campur Semua Terus Kukus

Share

Resipi kek lobak merah versi bayi, campur semua terus kukus. Siapa kata bayi tak boleh makan kek? Yang penting bahan-bahan yang digunakan mestilah mesra bayi.

Jom cuba buat kek lobak merah kukus versi bayi. Kek ini sangat mudah disediakan dan paling penting sedap!

Artikel lain: Resipi Kek Span Keladi, Lembut, Gebu, Menu Minum Petang Anak-anak

Resipi Kek Lobak Merah Versi Bayi

Bahan A:

2 biji telur
½ cawan minyak masak
Madu atau puri kurma – sukatan ikut kemanisan yang dikehendaki (penggunaan madu untuk bayi berumur 1 tahun dan ke atas)

Bahan B:

1 cawan tepung naik sendiri (jika guna tepung gandum unbleached, perlu tambahkan baking powder)

Bahan C:

Lobak merah yang disagat (kuantiti ikut kegemaran masing-masing)
Zest lemon (untuk buang bau hanyir telur, sebagai pengganti esen vanila)

Campur Semua Terus Kukus

Cara membuat:

1.Kisar semua bahan hingga kembang dan berbuih tiga bahan ini. Lagi lama lagi bagus sebab nanti kek itu akan naik cantik dan teksturnya lembut.

2. Masukkan bahan B di dalam bekas. Kemudian tuangkan bahan A yang telah siap dikisar.

3.Kacau sebati menggunakan whisk. Tak perlu kuat-kuat ya. Barulah masukkan bahan C. Sebatikan juga.

4. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Boleh masukkan lobak merah yang disagat, potongan kurma dan kepingan badam sebagai hiasan. (optional).

5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Nak tukar kepada versi bakar pun boleh.

Kredit: Sazna Najihah

Baca lagi: Resipi Kek Chiffon Pandan, Tak Perlu Guna Ovalette Pun Tetap Gebu Gebas

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Published by
Has