Menikmati kek coklat sebaik diangkat daripada oven pastinya terasa cukup nikmat. Namun kek milo viral tidak kurang hebatnya. Senang disediakan malah lebih lemak dan sedap rasanya. Sekali cuba pasti nak lagi.

Resipi kek milo lembap yang dikongsikan oleh Pn Iedaa Jahaya ini sudah cukup mudah. Lebih hebat kala dicurahkan dengan topping coklat Beryls yang enak dan padu. Wajib cuba!

Resipi Kek Milo Moist Paling Senang Nak Buat, Lagi Mudah Guna Sukatan Cawan!

Kek Milo Moist

Bahan A:
1 cwn milo
2 sdb serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn gula castor
1/2 cwn air panas
2 sdk serbuk kopi

Bahan B:
1 biji telur

Ads

Bahan C:
1 cwn tepung gandum
1 sdk baking soda
1/2 sdk baking powder

Resipi Kek Milo Moist Paling Senang Nak Buat, Lagi Mudah Guna Sukatan Cawan!

Campur semua bahan A dan kacau hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.

Mix telur hingga sikit kembang. Lepas mix masukkan telur dalam adunan milo. Kacau sebati.

Ads

Ayak semua bahan C dan masukkan dalam adunan milo. Kacau rata.

Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit. Siap!

Resipi Kek Milo Moist Paling Senang Nak Buat, Lagi Mudah Guna Sukatan Cawan!

Ads

Lepas kek sejuk, baru topping dengan campuran whipping cream dan coklat beryls yang dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.

Kacau hingga adunan coklat cair dan curah atas kek.

Siap!

Artikel berkaitan: Mudah Sangat, Bahan Pun Jimat, Kek Milo 3 Bahan Buat Anak Makan Tak Berhenti!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI