Kek pandan karemel antara kek yang cukup digemari kerana rasanya yang berlemak. Resipi yang dikongsikan oleh Fadillah Rofaee ini bukan hanya berlemak malah ditambah santan untuk menambah rasa lemak.
Kek juga makin bertambah lembut dan gebu. Jom ikut langkah demi langkah yang dikongsikannya.
Ini kali kedua buat kek pandan karamel. Hari first buat tu keras sikit. Sekarang elok lembut je. Resipi mudah dan senang sangat cara buat nya.
Resipi:-
Kek:
Tepung naik sendiri 2 cawan(220g)
Telur 5 biji gred A
Ovalete 1 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Minyak masak (apa-apa brand pun boleh) 1 cawan
Santan kotak 200ml
Gula kastor 1/2 cawan
Esen pandan 2 sudu kecil
Pewarna hijau 2 sudu kecil
Krim:
Butter unsalted 250g
Gula icing 1 cawan
Susu pekat manis 1 cawan
Tambahan pewarna hijau untuk deko krim atas
Karamel sos (beli siap kat kedai bakery)
Ayak tepung bersama garam. Putar telur, gula, ovalete, santan sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Putar dalam 15 minit.
Kemudian masukkan minyak masak. Tak perlu putar hanya kaup balik sahaja untuk bagi minyak sebati dengan adunan.
Panaskan oven dalam 15 minit dahulu. Kemudian masukkan adunan. Bakar suhu 160c api atas bawah selama 45 minit.
Untuk krim pula, putar 250g butter, gula icing dan susu pekat sehingga berubah warna dan kembang 2 kali ganda.
Deko ikut kreativiti masing-masing.
Selamat mencuba.
Artikel berkaitan: Kek Pandan Gula Melaka, Kurang Manis, Tapi Sedap, Tak Sampai Sehari Dah Licin
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)