Tekstur kek gula hangus perlulah kenyal. Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang. Namanya digelar kek sarang semut kerana jaluran halus yang menjalar serta lubang-lubang kecil seakan sarang semut.
Kek gula hangus ini sangat sesuai dimakan sebagai dessert, ataupun untuk menjamu tetamu, ataupun untuk anda bawa sebagai sajian ke rumah sedara. Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal sangat digemari. Aroma harum kek ini sangat merangsang selera. Sekali mencubanya anda dipastikan ingin memakannya lagi dan lagi.
Resipi kek sarang semut (tak perlu perap)
Bahan-Bahan;
-1 cawan gula
-1 cawan air panas
-2 sudu besar butter
-4 bj telur
-1/2 cawan susu pekat
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu makan soda bikarbonat
Cara Penyediaan;
-Masak gula sampai keperangan (nak buat gula hangus)
-Masuk air panas sikit-sikit sampai sebati
-Masuk butter kacau sampai sebati …tutup api
-Pukul telur dengan susu (pukul biasa je dengan sudu)
-Masukkan tepung & soda bikarbonat kacau sebati
-Masukkan gula hangus ..(panas2)
-Sapu butter n tabur kan sikit tepung pada periuk ( bagi tak melekat)
P/s saya guna loyang 5′
Suhu 160°/25min (suhu ikut air fryer masing-masing)
Kredit: Anis Zuliyana
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia