Makan

Resipi Kek Span Keladi, Lembut, Gebu, Menu Minum Petang Anak-anak

Share

Kek span antara sajian yang enak dinikmati ketika minum petang. Biasalah bila petang-petang anak-anak mesti hendak makan biskut, kek dan roti. Resipi kek span keladi yang dikongsikan oleh T-hah T-hah ini nampak sangat menyelerakan.

Selain warnanya yang menarik, teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan rasa tak sabar untuk menjamah. Kalau biasanya mama selalu masak kek coklat atau kek mentega untuk anak-anak, kali ini mari cuba pula kek span keladi.

Resipi Kek Span Keladi, Lembut, Gebu

CARA MEMBUAT KEK SPAN KELADI

BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur A @ B
3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon)

BAHAN KEK: 
6 biji kuning telur A @ B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
1 cawan tepung naik sendiri
Pewarna ungu dan putih

Menu Minum Petang Anak-anak

CARA MEMASAK:

1.Untuk membuat Meringue, pastikan bekas adunan bersih dari air @ minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.

2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.

3. Untuk kek, satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.

4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit.

5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.

7. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c selama 10 minit guna api bawah.

8. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang.

9. Sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang.

10. Kemudian sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan di kacau.

11. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu.

12. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang.

13. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil lidi kecil, tarik di tengah tompok tu menjadi bentuk love/daun.

14. Hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti.

15. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.

16. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu.

17. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas sahaja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya.

18. Bila cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.

19. Sebaik keluar dari ketuhar, terus terbalikkan kek ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas.

20. Potong kek dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: T-hah T-hah

 

 

 

 

 

Published by
Has