Resipi Kepak Ayam Yogurt Hanya Guna Air Fryer, Rugi Tak Cuba! 8 Ketul Sekali ‘Hadap’ Je

Share

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara penyediaan kepak ayam yogurt? Bagi pertama kali mendengarnya pasti teringin nak mencuba resipi terbaru ini. Cara penyediaan sangat mudah hanya menggunakan air fryer sahaja. Tapi bagi yang nak menggunakan oven atau kuali pun boleh!

BACA: Konon nak kumpul duit raya anak jadi banyak, sudahnya tak perasan letak di mana, lebih baik simpan cara bijak!
Resepi Kepak ayam yogurt airfryer


Bahan-bahan :

8 keping kepak ayam dipotong dua menjadi drumette & wingette
2 inc halia diparut/kisar
2 ulas bawang putih diparut/kisar
2 1/2 sdm yogurt asli / mayonis
1 sdm sos lada hitam
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1 sdm minyak masak / butter
1/2 sdk herba kegemaran (akk guna thyme)
1/2 sdk serbuk cili
1/2 sdk garam

Cara-cara memasak;

1. Perap kepak ayam dengan bahan2 diatas selama 1 jam atau seeloknya semalaman

2. Panaskan airfryer pada suhu 160c & airfry kepak ayam selama 15minit. Balikkan ayam, naikkan suhu ke 180c dan airfry lagi selama 8-10min atau hingga nampak sedikit garing

3. Hidangkan bersama sos kegemaran

Untuk oven bakar pada suhu 180c selama 30min atau hingga masak. Boleh guna magic pan jgk, hepi meneraiiii 

Credit : Keroroyz Royz

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa