Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Masakan Terakhir Siti Sarah Yang Dikongsi Dengan Peminat

Share

Arwah Siti Sarah Raissuddin semasa hidupnya memang seorang yang gemar memasak dan tidak lokek berkongsi resipi serta cara masakan di Instagram kepada para pengikut.

Pastinya moment ini akan dirindui oleh para pengikut di instagram kerana tiada lagi celoteh yang comel dan bersahaja dengan lawaknya ketika memasak. Lebih menghiburkan, arwah suka menggunakan dialek Terengganu.

5 hari lepas merupakan masakan dan resipi yang terakhir dikongsi oleh arwah kepada peminatnya. Pastinya Shuib serta anak-anak sangat merindui masakan arwah Siti Sarah.

‘Harini kita nok masok ketam sweet & sour chinese style. Rindu masak My Style kaa???’

Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style

Bahan-bahan:

Bawang putih – cincang
Halia – Cincang
Cili boh
Sos cili
Sos Tiram
Kicap cair
Semangkuk air
Cuka hitam
Sos tomato
Garam
Ketam nipah
Tepung jagung
Telur putih

Cara penyediaan:

Tumis halia sehingga bau naik. Kita masukkan cili boh. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan cili sos apa-apa jenama dan sos tiram. Kicap cair sedikit sahaja. Kemudian masukkan semangkuk air. Masukkan 1 sudu cuka hitam. Kemudian masukkan sos tomato dan garam.

Boleh masukkan ketam dan gaulkan, jangan lupa berdoa. Tuang tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masukkan telur putih sambil kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan kulit ketam dan tutup kuali. Kita biarkan dia masak sekejap.

Rata-rata peminat dan juga rakan artis sebak mengenangkan inilah resipi yang terakhir dikongsi oleh arwah Siti Sarah Raissuddin.

Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) awal pagi tadi setelah beberapa hari melawan Covid-19.

Kredit: Siti Sarah 

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

 

Published by
NuFa