Beberapa minggu ini, Pa&Ma banyak berkongsi resipi berbuka puasa dan menu berhari raya. Diharapkan para ibu mencuba setiap resipi yang telah dikongsikan. Kali ini, lain sedikit.
Perkongsian resipi kimchi dari Madamme Momsey ini sangat mudah untuk dibuat. Bagi peminat makanan Korea, anda harus mencuba untuk buat sendiri hidangan ini. Memang sedap!
Berikut bahan-bahan dan cara pembuatan kimchi ini:
RESIPI KIMCHI
Permintaan orang2 dalam rumah ni yg mengidam makanan Korea….
Peram dulu 3 hari nanti boleh buat makan dgn nasi/bubur or ramen Korea weekend nanti ..
Cikgu Korea bagi tips kalau nak sedap peram dalam bekas tembikar.. Tapi bekas xde,pakai je la Tupperware apa yg ada…
Ada ke peminat kimchi kat sini? say hi sikittt…..
Resepi Kimchi
(Utk 4-5 org makan maybe 2-3kali boleh tambah hehe)
Bahan-bahan:
Kobis cina
(rendam dlm air garam 2jam, basuh 3x n toskan)
Sebatang carrot
Daun bawang
Sepeket serbuk cili.(saya guna brand babas)
2 sudu gula
5 sudu sos ikan
Bahan blend:
Bwg besar
Bawang putih
Halia
Buah Lai….kalau xde,epal pon boleh…
Resipi Lain: [Kuih Bakar Pandan Wangi. Tiada Pewarna, 100 Peratus Jus Pandan]
Cara membuat:
-Sediakan besen besar supaya senang nk gaulkan bahan2.
-Masukkan bahan yg diblender bersama sepeket serbuk cili (saya letak sepeket 125g ,blh kurangkn bg yg x suka pedas).2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.
-Tak perlu tambah garam sbb sos ikan dh masin n kobis tu pon dah direndam dgn 1/4 cawan garam selama 2 jam.
-Bila dah sebati masukkan lobak Merah, dan daun bawang yang dah dipotong dlm 2cm. Gaul lagi bg sebati.
Last masukkan kobis yg telah ditoskan.gaul lagi bagi sebati maknanya menjadilah kimchi anda…..
Simpan dlm bekas bertutup tp jgn penuh sgt. Sbb kimchi akan keluarkan gas bila diperam…
Kalau nk cepat masam boleh peram kimchi dlm suhu bilik 2/3 hari.lepas tu boleh masukkan dlm peti ais utk tahan lama. Atau nk simpan terus dlm peti ais pon boleh.
Actually ini resepi kimchi yg paling simple and menggunakan bhn yg mudah didapati .
Selamat mencuba.
Resipi Lain: [Resipi Rendang Orang Perak, Punya Senang. Lebur Semua Bahan, Dah Siap!]
Sedap juga kalau makan kimchi ni dengan nasi. Memang bertambah selera makan. Nasi kosong dengan ayam goreng, tambah kimchi pun dah cukup nikmat. Bolehlah anda cuba resipi ini jika sukakan penambah selera yang rasanya masam-masam pedas.