Hidangan pagi raya bagi masyarakat di sebelah selatan tanah air tidak lengkap rasanya tanpa hidangan kuah lodeh dan nasi impit yang terhidang di atas meja. Namun menyediakan kuah lodeh yang sedap dan penuh dengan rasa memerlukan langkah yang tepat untuk memasaknya.
Resipi ringkas tetapi terlebih sedap yang dikongsikan oleh thesistercookingproject ini memang awesome. Rupanya nak hasilkan kuah lodeh yang sedap ni ada langkahnya. Ini cara yang dikongsikan olehnya. Jom cuba!
Assalamualaikum, jom sistur share cara sistur buat kuah lodeh yang sedap. Sistur makan dengan nasi impit & sambal kacang express. Uolls nak makan dengan nasi & sambal tumis pun boleh tau.
KUAH LODEH (Hidangan 6 orang)
1 kpg Tempe (saiz kecil)
2 kpg Tauhu (saiz kecil)
Serbuk Kunyit
Garam
Lumurkan tempe & tauhu dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng berasingan. Ketepikan.
Bahan Kisar:
1 bj Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 1/2 bj Buah Keras
1 1/2sb Udang Kering Halus
(Kisar semua bahan di atas)
1 btg serai (ketuk-kalau nak kisar pun boleh)
1 1/2sk Serbuk Kunyit (kalau pakai kunyit hidup, kisar dengan bahan di atas)
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai dan serbuk kunyit sehingga naik bau dan pecah minyak
3 cawan air
1/4 btg Carrot
1/2 bj Terung Bulat (besar)
1/6 bj Kubis
-+10 btg Kacang Buncis
10-15 ekor Udang (saiz sederhana kecil-sistur guna saiz XL)
5 gram Suhun (direndam sebentar)
100 gram Santan Pekat
2 1/2 sk Garam
1sk Perasa
Masukkan kubis, kacang buncis, udang, suhun, santan, garam & perasa. Kalau nak kuah sedikit cair tambahkan air. Masak sehingga mendidih.
Resipi wajib cuba: Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap Moist Ni Resipi Pun Ringkas!