Waktu berpantang sebenarnya dapat bantu ibu turunkan berat badan. Dengan pemakanan seimbang dan dimasak secara sihat, sedikit sebanyak membantu proses pembakaran lemak. Bayi yang disusukan juga akan mendapat khasiat yang cukup tanpa perlu ibu berdiet.
Tak perlu kawal makan pun, dengan cara masakan seperti direbus atau dipanggang, ibu dapat makan sedap tetapi lebih sihat. Susu yang dihasilkan juga lebih banyak dan berkualiti.
Aliyaa Malek telah berkongsi resipi kudapan yang boleh dinikmati bersama nasi putih mahupun bubur ketika ibu dalam pantang. Menambah rasa dan sedap dimakan begitu saja!
Ads
Ada yang tengah berpantang tak? Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan 😅
LAUK PANTANG
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis
2) Bawang putih hiris nipis
3) Ikan bilis
4) Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa 😂)
Bahan perasa:
1) Lada hitam disangai & ditumbuk halus (secukup rasa)
2) Garam halus (secukup rasa)
Ads
Cara buat:
1. Gorengkan bahan digoreng. Apabila sudah sejuk, bolehlah gaulkan semuanya. Siap!
*Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Mmg membuka selera 🤗
Ads
Selamat mencuba!
Mudah sangat nak dibuat dan sesuai dimakan oleh ibu berpantng yang kurag selera makan. Rasa masin ikan bilis dan manis bawang akan menjadi bahan perasa semulajadi yang membangkitkan rasa mahu makan. Yang penting, simpakan dalam balang kedap udara supaya tidak ‘masuk angin’.
Hidangan roti antara yang jadi pilihan anak-anak. Ia juga antara makanan paling mudah nak sediakan jika kesuntukan masa. Cuma untuk mempelbagaikan resipi, kadang-kadang ibu tak sempat nak fikirkan.
Jadi biasanya pilihan lebih mudah ibu akan buat sandwich, sapu dengan planta, jem atau benjo. Tetapi kali ini, ada satu resipi menarik untuk anda cuba iaitu Roti Horns Mini. Hanya menggunakan roti sebagai bahan utamanya, dah boleh hasilkan resipi sangat sedap.
Ini yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta. Kreatif dan menarik kerana lengkap dengan semuanya. Kalau anak tak mahu makan nasi pun, dah boleh mengenyangkan.
Saja buat untuk anak-anak makan ” Roti Horns Mini”, saya guna roti gardenia, isi ayam dan serbuk roti.. Ibu buat, last ibu juga yang tak sempat makan. Ni resipinya
Resepi Roti Horns Mini
Bahan-bahannya:
– 6 keping roti gardenia
– 2 biji telur pukul manja
– Serbuk roti – secukupnya
– Isi ayam – potong memanjang celup tepung bistari kemudian goreng.
– Mayonis & sos cili
– Carrot- parut halus
– Daun salad
– Sedikit tepung gandum- campur sedikit air untuk lekatkan roti
Cara-caranya:
Roti di potong bahagian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3. Selepas tu sapu larutan tepung pada sisi roti kemudian gulung menjadi bentuk horns. Boleh tekan-tekan sikit supaya roti melekat.
Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti, pastikan bahagian dalam juga bersalut dan lepas tu boleh di goreng sehingga menjadi kuning keemasan.
Isi bahagian tengah dengan isi ayam, carrot dan salad.
Kemudian akhir sekali paipkan sos dan mayonis. Okey dah siap!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keju adalah makanan yang sedap dan memiliki khasiat tertentu untuk bayi. Selain membekalkan sumber tenaga, keju juga mampu memberi lemak baik kepada bayi.
Selain susu, keju juga adalah sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Keju pastinya menjadi kegemaran si manja anda. Kalau nak cuba resipi berasaskan keju boleh cuba resipi di bawah!
CHESEE CAKE BABY 7 BULAN 🧀🧈
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby.
Resepi ni pun uyu jumpa dan uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuk baby, teksture kek ni bukan macam kek, dia lembuh smooth sesuai untuk baby.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makan Nugget Je Dah Bosan, Rasanya Elok Mama Buatkan Pula Mini Tortilla Nuget Ayam Ni!
Melayan selera anak-anak tidak dinafikan kita sebagai mama perlulah kreatif. Jika asyik dijamu dengan menu yang sama seperti nugget goreng sehaja, tentu anak-anak bosan.
Jadi apa kata kali ini kita suntik rasa keterujaan anak-anak menjamah hidangan dengan menyajikan menu Mini Tortilla Nugget Ayam seperti yang dikongsikan oleh Jaja Ramli. Menyediakannya juga cukup mudah dan pasti ketika menikmatinya anak-anak berasa kenyang dan puas hati.
Ekstra tips: Untuk pastikan salad kekal segar pastikan direndam terlebih dahulu dengan air garam buat seketika. Kemudian toskan.
Cara penyediaan :
1.Panaskan terlebih dahulu roti tortilla di dalam kuali. Balik-balikkan beberapa saat kemudian lipat dua untuk nampakkan garisan. Nanti senang nak potong dua.
Potong dua roti tortilla seperti ini.
Letakkan roti di dalam pinggan dengan kedudukan seperti ini. Kemudian letakkan mayonis dan sos cili atau sos lain yang digemari.
4.Letakkan salad di tengah-tengah dan kemudian letakkan nugget yang telah digoreng.
Kemudian lipat bahagian kiri dan kanan ke tengah menjadi seperti ini.
Kemudian ambil kertas pembalut burger ni, dan kemudian di potong empat. Setelah itu lipat bahagian bucu bawah seperti ini.
7.Setelah itu letakkan roti itu di atas garisan seperti di dalam gambar.
Lipat kemas dan sedia untuk dihidang atau dimasukkan ke dalam bekas untuk anak-anak bawa ke sekolah.
9. Siap dan sedia untuk dinikmati atau dijadikan sebagai bekal anak-anak ke sekolah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.