Resipi Kuih Apam, Lembut, Gebu, Kembang Macam Bunga

Share

Kuih apam sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia, kuih apam antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran.

Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.

Resipi Kuih Apam, Lembut, Gebu

RESIPI KUIH APAM 

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya

Kembang Macam Bunga

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.

2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.

4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.

5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.

6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).

7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.

8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Apam Mekar Coklat Kukus. Kuih ‘Ekspres’ Paling Mudah Nak Buat!

Resipi Apam Jepun Gebu, Letak Inti Nenas Manis Penuh-Penuh, Sedapnya!

Apam Kampung 4 Bahan, Lembut & Gebu, Senang Anak Nak Makan!

 

Published by
Has