Kuih cara biasa pun sudah menjadi kegilaan inikan pula kuih cara cantik dan kreatif yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ini. Kreatif.
Resipi mudah dan ringkas tapi ada teknik yang tersendiri hendak membuatnya. Jom cuba!
Kuih cara kena sumpah jadi tembikai. Sedap & lembut je.
KUIH CARA MANIS TEMBIKAI
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 cawan air daun pandan
(blend 4 helai daun pandan saiz besar + 1 1/2 cawan air & tapis)
1 biji telur A @ B
1 sudu teh garam halus
Pewarna merah, putih & hijau
Gula secukupnya untuk inti
1-2 helai daun pandan -di siat & di ikat hujungnya
Bijan hitam
Sedikit minyak -utk oles pd acuan
Satukan tepung, garam, telur, santan & air daun pandan. Kacau sebati & tapiskan.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih & hijau sama banyak.
Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu cermai saja. Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang di ikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai.
Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya & tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Saya letak 1/2 sudu kfc saja.
Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk & biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu & angkat.
Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia di hidangkan panas-panas atau sejuk.
Menarik: Mini Paratha Onion Sosej, Menu Simple, Cepat & Sedap. Hanya Guna 3 Bahan Saja!
Nak relaks-relaks, boleh belanja anak minum di Coconut Shake 336.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)