Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup & Tak Melekit. Makan Pun Laju Je!

Share

Sudah hampir dua minggu kita berpuasa. Kebanyakan para ibu berpusu-pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat. Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat. Antara kuih raya yang menjadi kegemaran ramai ketika Aidilfitri adalah cornflakes madu.

Resipi Lain: [Mudahnya Masak Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi. Blender & Tekan Button Saja, Awesome!]

Nina Diana berkongsi resipikuih raya ini tetapi versinya berbeza sedikit dari yang biasa kita buat. Caranya mudah dan ibu boleh ajak anak-anak untuk membuatnya bersama.

Ikuti perkongsian resipi ini.

Honey Butter Cornflakes 🐝

Lain sikit dari cornflakes madu yg biasa tu.
Anak2 lebih suka yang ini.
Tak melekit, lebih rangup dan tak muak.

Bahan2:

250g butter (saya pakai buttercup je)
3 sb madu
1 biji kuning telur
3 sb susu pekat manis
1 cawan gula halus
500g cornflakes

Resipi Lain: [Resipi Bingka Ubi, Lemak & Berkrim. Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family!]

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur, susu dan madu. Pukul lagi.

2. Gaulkan bersama 500gm cornflakes.

3. Gaul sebati. Gunakan bekas yang besar sebab adunan banyak.

4. Masukkan ke dalam cup. Tabur hiasan warna-warni. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit atau sehingga garing.

INI HASILNYA SELEPAS DIBAKAR!

 

Published by
Emy H