Kuih koci terdiri daripada pelbagai jenis variasi antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.
Kuih koci leleh rasanya lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Makan sebiji memang tak puas! Percayalah bila anda sudah mula makan sebiji, anda akan makan lagi dan lagi.
Nah dikongsikan cara membuatnya. Mama-mama bolehlah buatkan untuk anak-anak. Puas makan bila buat sendiri!
RESIPI KOCI PULUT HITAM LELEH
BAHAN-BAHAN:
250g tepung pulut
1 ½ cawan air (agak-agak)
½ cawan pulut hitam (kisar dan tapis)
1 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan menjadi doh yang lembut.
Ads
2. Bulatkan adunan dan masukkan inti.
3. Kemudian, rebuskan di dalam air yang mendidih sehingga timbul, dah boleh diangkat.
4. Setelah itu, masukkan pula ke dalam santan leleh yang telah dibuat terlebih dahulu.
Ads
5. Bolehlah dibungkus dan kemudiannya dikukus selama 3-5 minit.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK:
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila sudah nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti itu kering.
Ads
UNTUK LELEH:
2 cawan santan (anggaran)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita. Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi. Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi. Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria di facebooknya.
Sama seperti nasi, kentang juga mempunyai sumber nutrisi karborhidrat yang tinggi dan paling sesuai digantikan dalam bubur bayi. Bila anak bosan dengan nasi, cepat-cepat gantikan bubur ini. Jom cuba!
Masih menu dengan ikan merah untuk adik. Kali ni umi guna ubi kentang pula untuk ganti kan nasi untuk sumber karbohidrat.
Puree kentang kubis bunga dengan ikan grill.
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bayam
Kubis bunga
Kentang
Bawang merah dan bawang putih
Unsalted butter
Grill ikan dengan sedikit unsalted butter dan mix herbs.
Gunakan kuali yang sama Saute bawang sehingga lembut dan perang. Sama jugak untuk bayam.
Steam kentang dan kubis bunga sehingga lembut. Blend kemudian masukkan bawang, bayam dan isi ikan tadi.
Campur dan blendkan semua. Tekstur makanan terpulang sama ada nak kasar atau halus. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun sudah beberapa hari kita menyambut kedatangan bulan Syawal, tidak bermakna tak boleh buat biskut raya lagi kan? Lagi pula dah ramai tetamu yang berkunjung di rumah, banyak yang dah habis. Jadi bolehlah uat yang baharu untuk top up mana-mana kuih raya yang semakin berkurangan tu kan?
Untuk anda yang menggemari biskut cip coklat jenama terkenal itu, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Baizura Muhammad ini. Nampak sedap ni, memang makan tak sedar habis sebalang! Memang tak rugilah kalau buat.
Punggah baking area tengok semua bahan ada so kita ONZ terus buat cookies ala Famous Amous ni. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..
Adunan ni dapat 4 bekas yg macam kakbai pakai tu. Bekas kakbai tu hat yg lebar punya bukan yg small tau, so mmg resepi ni dapat banyak, bolehlah share dgn jiran2 sekali.. alang2 tak dapat balik raya, bolehlah gemuk sesama 🤭🤪
Thanks Anney Z Mustapha yg cantek lagi rajin sudi share recepi dengan kita 😘
Bahan2 seperti di bawah: 🍪250 gram Butter 🍪1 1/4 cawan Brown Sugar 🍪1 sudu kecil Essence Vanila 🍪1 biji Telur 🍪2 1/2 cawan Tepung Gandum 🍪1/2 cawan Tepung Jagung 🍪1 sudu kecil Baking Powder 🍪1 sudu kecil Soda Bikarbonat 🍪6 sudu besar Minyak Masak 🍪2 cawan Coklat Cip 🍪Almond nips / almond flakes –jika suka
Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!
1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebijik. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sgt..
[UPDATE: Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
2. Dalam bekas yg sama tadi, masukkan pulak tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecik & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan2 kayuh..
[UPDATE: Ingat, kacau slow2 je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip. Masukkan lagi segenggam dalam mulut 🤭
4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow2.. laju2 nak pergi mana?
5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit utk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak..
6. Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dlm tu pulak 😅
Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Make sure adunan tu jadi keras sikit masa ni.
7. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak2 dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dlm gambar kay.. musim PKP ni jgn izinkan mereka bergaul..
[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yg sama]
8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul2 rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar.
9. Nampak tu dia dah start mengembang. Jgn gatal2 nak bukak oven kejap2 nnt bantat jadinya..
10.TADAAA!✨ Famous Amous PKP cookies is DONE!
Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sbb dah nak raya nnt tak sempat kurus 🤪 Eh ada ke raya tahun ni?
SELAMAT MENCUBA! Dah siap nnt, antarlah gambar buat bagi semangat kat kawan2 lain nak cuba 💋
Wah, memang berebutlah makan kalau kita buat biskut raya ni. Maklumlah, rasa premium ala-ala jenama terkenal tu kan. Selamat mencuba mommies!
Mandian Buah & Daun Limau Purut Kembalikan Kesegaran Tubuh, Hilang Segala Letih, Lesu
Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata mama cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut turut membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.
Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.
1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.
3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.
4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.
5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.
6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.
7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.
8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.
9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.
10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.
11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.
12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.
13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.
14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.
15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.