Resipi Kuih Lepat Liat, Ini Langkah Demi Langkah Cara Nak Buat
Kuih lepat liat antara kuih tradisional yang masih dicari hingga ke hari ini. Bukan sahaja orang-orang lama sahaja menyukai kuih ini tetapi juga generasi muda. Mama sudah boleh perkenalkan kuih ‘lejen’ ini kepada anak-anak agar kuih ini tidak diluput dek zaman.
Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Makan pun puas sebab dapat banyak!
Sukatannya hanya menggunakan cawan. Sesuai sangat untuk mama-mama yang sibuk tapi dalam masa yang sama mahu juga memasak. Jom cuba. Pasti rasanya sedap dan disukai anak-anak.
BAHAN A:
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
BAHAN B:
Daun pisang untuk membungkus
Kelapa parut ( gaul dengan sedikit garam) – untuk inti / jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. (empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek