Resipi Kuih Muah Chee, Lembut Tepung Pulut & Manis Kacang Tumbuk. Sedapnya!

Share

Sekiranya anda penggemar kuih Muah Chee, bolehlah cuba resipi ini. Untuk yang belum pernah makan, kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan disalut dengan kacang tumbuk. Rasanya lemak-lemak bercampur masin manis kacang tumbuk. Teksturnya pula kenyal. Sedap sangat!

Resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ni nampak mudah untuk diikuti. Bolehlah anda mencubanya sendiri nanti.

Kuih masyarakat Cina yg sedap dan sangat mudah nk buat.
Muah Chee iaitu bebola tepung pulut bersalut kacang. Kebetulan ada jiran bagi saya kacang berperisa, saya tumbuk hancur buat Muah Chee. Resepi di bawah:

RESIPI MUAH CHEE

Bahan yg perlu ada:
– 2 sudu besar kacang tanah
– 1 sudu besar gula
– 1 cawan tepung pulut
– 1 cawan air
– 1 sudu besar minyak bunga matahari/minyak bawang goreng/minyak jagung

Resipi Lain: [Wow Sedapnya Apam Susu & Apam Susu Cheese Ni, Nak Buat Pun Senang!]

Cara-caranya:
– Tumbuk kacang sehingga hancur dan tambah gula, gaul rata.


– Campurkan tepung pulut bersama air dan minyak di dalam kuali non-stick. Gaul sebati.

Resipi Lain: [Popia Nestum Crunchy. Gerenti Sedap, Buatnya Pun Sangat Mudah]

– Kemudian, baru hidupkan api dapur pada suhu paling kecil.
– Kacau adunan di dalam kuali sehingga tepung masak dan likat. Saya ingatkan ya, masak tepung ni sangat melekat. Sentiasa lah kita bersabar. Hehe.


– Kalau nk mudah, boleh dikukus.
– Setelah tepung pulut masak, letakkan doh di atas taburan kacang tumbuk.


– Potong kecil menggunakan pisau, dan gaul bersama kacang.
– Sedia dihidang.

Apa rasa Muah Chee ni? Kenyal2 disusuli rangup manis rasa kacang. Sedap💕

Bagi anda yang belum pernah merasai keenakan kuih Muah Chee ni, bolehlah cuba resipi ini. Pasti puas hati. Kuih ini sangat sedap dan sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa, selain guna tepung pulut ni untuk buat kuih onde-onde. Selamat mencuba!

 

Published by
Emy H