Bulan puasa ini, kuih-kuih tradisionlah yang menjadi pembangkit selesa kala berbuka. Apa kata kali ini kita imbau momen berbuka di kampung dengan kuih Sagupal yang cukup popular di negeri Pantai Timur.
Apa lagi kuahnya pekat berlemak dan manis. Jom cuba kuih Sagupal yang dikongsikan oleh Zana Anuar. Memang terlebih sedap!
Sagupal. Kuih kegemaran orang Pantai Timur terutama orang Ganu dan Kelantan. Nak-nak bulan puasa ni, semua terliur. Selamat mencuba ya bagi yang nak cuba. By akk Zana.
Bahan-bahan:
Sagu -agak-agak untuk 12 biji
Kacang hijau -rebus sampai empuk
Nisan @ gula kerek
2 sb tepung gandum @ beras
Kuah Santan:
Santan
Garam
Halba
3 sb gula
Daun pandan
Rendam sagu 1/2 jam. Toskan air nya.
Inti kacang hijau. Masak kacang hijau hingga masak, tekan-tekan dengan garpu dan masukkan nisan@gula kerek dan 2 sudu tepung gandum@ beras. Kacau atas dapur hingga kental sedikit. Bila sejuk, bulat-bulatkan jadi bebola.
Menarik: Resipi Jemput-Jemput Nasi Jejari Ketam, Isi Penuh & Lembut, Buat Makan Lepas Terawih
Masukkan sagu separuh acuan. Acuan tu akak sapu dengan minyak supaya tak melekat.
Letakkan inti yang dibulatkan tadi.
Masukkan sagu sehingga menutupi acuan. Kukus 15 minit.
Ni yang siap dikukus.
Untuk kuahnya pula, masukkan santan, sedikit garam, halba, 3 sdb gula, daun pandan. Akak buat kuahnya terlebih dahulu sebelum buat isinya.
Selamat mencuba.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI