Selalunya kita makan cendol atau kuih lepat dari cendol. Kali ini ubah selera dengan menjadikannya manisan yang dimakan bersama air gula melaka. Lain macam sedapnya.
Nak buatnya pun bukan main mudah. Hanya kacau sampai sebati dan biarkan mengeras. Sedap sungguh. Jom cuba resipi perkongsian Pn Rozita Lamidi.
Teringinlah sangat ceritanya. Yang sejuk~sejuk, yang manis, cepat siap dan sedap di tekak.
Manisan Tepung Cendol:
A (rujuk cara masak pada gambar)
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung ang kwe
200ml santan pekat
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
4 cawan air
500gram cendol
B (rebus hingga mendidih)
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air
Satukan kesemua tepung jagung, tepung ang kwe, gula, garam, santan, air ke dalam periuk.
Gaul-gaul merata sepenuhnya, sehingga tak berbintil-bintil.
Buka api perlahan, barulah letak periuk atas dapur. Gaul sentiasa smapai pekat dan tiada ketulan.
Masukkan kesemua cendol yang telah ditoskan airnya.
Gaul perlahan sampai cendol merata bersama tepung, untuk seketika sahaja.
Jika nak lebih lembik/gediks, bolehlah tambah air 1/2 cawan lagi dalam sukatan bahan-bahan tadi.
Tuangkan adunan tadi ke dalam container kesukaan anda. Masukkan ke dalam peti sejuk 1 jam+-, sedap dihidangkan sejuk-sejuk.
Dapat 6 cawan kesemuanya, yang lagi 2 cawan tu dah selamat dimakan. 1 cawan = 1 hidangan untuk orang dewasa.
Siap! Masa nak makan, siram dengan air gula melaka.
Selamat mencuba!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!