Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral, Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat. Confirm Jadi!

Share

Kadang-kadang nak buat biskut raya agak renyah prosesnya. Untuk ibu yang tak biasa membakar, kemungkinan untuk percubaan membuatnya boleh gagal atau tidak jadi seperti yang diingini. Oleh itu, para ibu kenalah lebih kreatif untuk menghasilkan kuih raya yang sedap tapi tak susah nak dibuat.

Resipi yang dikongsikan oleh Chesu Riani via grup masakan Masak Apa Hari Ni? ini memang simple habis! Hanya menggunakan kulit popia, tapi hasilnya sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak. Menurutnya lagi, ini bukan resipi asalnya tetapi dia juga mencubanya kerana ia viral di media sosial.

Ikuti resipi ini dan bolehlah anda cuba membuatnya nanti.

Ni konfem tak sampai esok dah tinggal balang lg2 ada 2 askar kecik yg tak posa ni..

Resepi Popia Bersalut Coklat Viral

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popia
Coklat coin (ku guna beryls milk + dark choc)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Ku letak kuaci)
Manik hiasan
Cawan biskut

Resipi Lain: [Laku Keras Waktu raya, Buat Popia Simpul Paling Sedap & Mudah!]

Cara-cara:

– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni utk memudahkan proses menggulung. Da siap tarik dari lidi sate.

– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan ku potong jd 8. Ikut selera.
– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.

– Goreng hingga keemasan.
– Panaskan coklat coin double boil. Ku guna separuh milk choc dan separuh dark choc.

– Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

P/s: saya dpt resepi ni dari org2 share.. sbb tu saya letak viral.. ada yg inform resepi ni dari Adikfoods.. maaf admin saya tak tag cuma letak disclaimer camni ya.. huhu…kalo tak boleh takpe. 

Resipi Lain: [Resipi Kuih Muah Chee, Lembut Tepung Pulut & Manis Kacang Tumbuk. Sedapnya!]

Untuk para ibu yang mahukan resipi kuih raya yang tidak terlalu susah dan boleh dibuat ‘sambil-sambil’, inilah dia. Bolehlah mencubanya kerana ia tidak memerlukan terlalu banyak bahan atau langkah-langkah yang rumit. Selamat menggulung kulit popia!

Resipi asal dari Adikfoods

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham