Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
Ads
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
Ads
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Ads
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut.
Namun mungkin ada yang sukar untuk mencari daun palas terutama bagi yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan risau, anda masih boleh menikmati juadah kegemaran anda dengan menggunakan daun pandan sebagai daun pembungkusnya. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Mieza Hasmiza ini.
CARA BUAT KETUPAT PULUT GUNA DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN;
Beras pulut
Santan
Garam secukup rasa
Daun pandan untuk membalut
*Sukatan beras pulut dan air santan sama banyak
CARA PENYEDIAAN;
Rendam Beras Pulut
Rendam beras pulut selama 1 jam.
Masak Pulut Guna Periuk Nasi
Kemudian, sukatkan air santan dan beras biar sama banyak.
Saya masak dalam rice cooker senang. Tunggu sampai agak-agak berasnya dah melekat dan anjal. Separuh masak pun tak apa sebab nanti kita akan kukuskan lagi.
Sejukkan
Bila dah tutup suis rice cooker, cedokkan pulut yang dah hampir masak ke dalam talam atau pinggan.
Kita nak biarkan pulutnya sejuk sedikit supaya mudah nak diisi dalam daun pandan nanti.
Bungkus
Bila pulut dah agak sejuk, bolehlah bungkus pulut tadi dengan daun pandan.
Boleh tengok cara isikan pulut ke dalam kelongsongnya dalam gambar di bawah ini.
Boleh nampak yang akhir sekali tu saya ikat dengan tali rafia aja senang.
Tips 1: Jangan isi penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang bila dah dikukus. Kita taknaklah isinya terkeluar pula daripada sarungnya.
Tips 2: Kalau nak daun tu tak patah masa nak membalut, ambil daun pandan sehari awal dan rendam dalam air supaya lembut dan mudah dibentuk
Kukus 15-20 Minit
Bila dah siap balut, saya kukus lagi selama 15-20 minit.
Kalau tak pasti takut tak masak, lepas 20 minit boleh cuba ambil sebiji dan rasa. Alhamdulillah saya cuba tengok, memang dah masak elok.
Ini hasilnya yang dah siap kukus, bolehlah dihidangkan dengan rendang, serunding.
Selain biskut raya dan kek yang wajib ada di atas meja, kudap-kudapan seperti kerepek dan kacang tetap ada peminatnya. Bagi sesetengah orang lebih gemar kudapan seperti ini sambil menonton televisyen dan berborak santai dengan ahli keluarga.
Bagi yang nak cuba resipi Kacang Botak air tangan Puan Badariah Abdrahman untuk dibuat kudapan raya, boleh tengok langkah demi langkah ini sehingga siap.
Istimewa kacang botak ini, cukup rasa rempahnya, pedas dan manis serta ranggup. Orang kata sekali makan susah nak berhenti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali tukar selera anak pastinya buat anak rasa gembira. Rasa yang baru dan jarang-jarang dirasa selalunya dapat membangkitkan selera anak kecil. Inilah yang seharusnya cuba dilakukan oleh semua ibu.
Pasta Creamy Chicken antara yang boleh disyorkan buat menambah selera anak. Pikat selera si kecil dengan gabungan keju dan susu yang lemak. Perkongsian resipi unik daripada Puan Norlaila Mohd Yusoff ini unik kerana bukan hanya gabungan susu dan keju bahkan penambahan keledek Jepun bagi menambahkan lagi rasa lemak. Bagaimana cara penyediaannya? Jom ikuti langkah yang dikongsikan olehnya.
Asyik makan nasi je hari-hari. Bosan juga kan. So hari ni Ibu bagi Irfan makan pasta pulak. Yeayyyy ! Irfan suka. Habis dia makan.
Bahan-bahan (untuk lunch dan dinner 2 hari)
Pasta prego buddies
Ayam
Bawang putih
Bawang holand
Carrot
Bayam
Japanese sweet potato lenyek (saje habiskan stok. Takde pun takpe )
Sedikit serbuk oregano
1 kotak kecil susu full cream
1 sudu cream cheese
Unsalted butter
Chicken Feet Stock (CFS)
Panaskan unsalted butter. Lepas tu tumis bebawang. Lepas dah naik bau masukkan ayam.
Ayam dah masak terus masukkan susu full cream, CFS dan cream cheese. Masukkan sekali japanase sweet potato. Boleh skip yang ni kalau takde. Last sekali masukkan bayam, carrot dan serbuk oregano.
Ok siap !
Ibu suap Irfan makan pakai tangan. Sambil tu lenyek kan sikit pasta tu bagi kecik sikit. Nak blender kasar pun boleh sebab pasta ni saiz besar takut baby tercekik.
Menu ni sesuai untuk baby 8 bulan dan ke atas.
Selamat mencuba !
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.