Sebelum ini terasa susah nak sediakan lasagna kerana perlu ada lasagne sheets sebagai bahan utama. Tapi kali ini mama tak perlu pening-pening lagi kerana mama hanya perlu gunakan kepingan roti sahaja.

Tapi bagaimana cara penyediaanya? Jom ikuti step by step resipi yang dikongsi ini!


Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap! Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna.

Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap! Guna Roti Je, Tak Perlu Dah Kepingan Lasagna

Ads

Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Ads

Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Ads

Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap! Guna Roti Je, Tak Perlu Dah Kepingan Lasagna
Kredit : Mimie Ali

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI