Ketika berpantang, pengambilan makanan yang berkhasiat bukan hanya penting untuk ibu tetapi bayi juga. Apabila si ibu makan menu yang tinggi khasiat, susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti.
Ada sesetengah ulam yang bagus untuk ibu menyusu seperti pegaga kerana ia dikatakan dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu. Lebih baik lagi, susu juga pekat dan bagus untuk bayi.
Melalui grup Masak Apa Hari Ni? (MAHN), Pn. Azimah Abdul Malik telah berkongsi satu resipi yang sesuai untuk ibu dalam pantang.
Ikan Parang Masak Lemak Lada Hitam dengan Daun Pegaga. (Resepi Lauk Dalam Pantang Orang Dulu²)
Sebenarnya rindu kat air tangan arwah Mak. Resepi ni adalah lauk yang arwah mak masakkan untuk Kak Ngah masa bersalin 20 tahun dulu.
Resepi asal, ialah kunyit hidup ditumbuk dengan biji lada hitam. Masak macam masak lemak tapi masak hingga pekat sampai kering. (Orang dalam pantang kan x boleh makan berkuah) 😪
Ads
Arwah mak guna kunyit hidup & letak asam gelugor. Sedapnya masam², pedas lada hitam, berpeluh-peluh lepas makan.
Letak daun Pegaga. Cukup khasiat untuk lauk berpantang. Protien – Ikan Vitamin – Sayur Kunyit hidup – anti radang & bagi darah kotor keluar Lada hitam – bagus untuk panas kan badan Asam keping – kecut kan rahim
Tapi hari ni Kak Ngah derhaka sikit buat lauk ni ada berkuah sikit sebab nak bagi puas makan 😅😅.
Sape² yang berpantang boleh le cuba resepi ni. Bahan-bahan:
1 sb lada hitam (tumbuk)
3 inci kunyit hidup (tumbuk)
2 keping asam gelugor
Daun pegaga
1 cawan Santan pekat
3 ketul ikan pilihan (tenggiri / parang)
Ads
Cara-cara:
1. Ikan, bahan tumbuk, Asam keping di rebus guna satu stengah cawan Air.
2. Ikan dah separa empuk, masukkan santan pekat & pucuk pegaga
3. Perasakan garam, Masak dengan api sederhana hingga pekat / kering.
Tidak dinafikan, kek keju atau cheese punya penggemarnya sendiri. Namun membelinya di kedai apa lagi untuk hidangan seisi keluarga memakan kos yang cukup tinggi. Jadi rasanya adalah lebih baik ibu cuba hasilkan sendiri sebiji kek keju untuk anak-anak. Barulah puas makan.
Resipi Blueberry Cheese Cake yang dihasilkan oleh Suisan Aliezsha ini cukup senang dan mudah. Paling menarik kosnya tidak sampai RM30 malah boleh sediakan sebiji kek untuk dimakan seisi keluarga. Memang jimat. Jom cuba resipi hebat yang dikongsikan olehnya.
Selamat malam semua. Hasil malam ni saya kongsikn untuk korang penggemar cheese. Teringin tu boleh la buat time-time cuti ni. Kos bahan-bahan pun tak mahal tak sampai RM30. Beli sepotong dah mahal, kalau buat 1 family dapat merasa.
Resepi lapisan bawah:
8@9 keping biskut digestive (saya guna biskut jacobs weetameal) kalau tak ada boleh je guna biskut belvita, hancurkan saya guna batu lesung je. Tak payah nak cerewet sangat kan. Tapi nak hasil lagi halus blend kering)
2 sudu makan butter (cairkan)
Selepas hancurkan biskut masukkan ke dalam bekas, masukkan butter yang dah siap dicairkan. Gaul sebati.
Kemudian masukkan ke dalam loyang tekan-tekan untuk padatkan biskut tersebut (saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak)
Untuk cheese:
250g cream cheese tatura
2 biji telur
2 sudu makan gula halus (kalau tak nak letak toping, gula 3@4 sudu dah cukup)
1 sudu setengah tepung gandum (saya guna cap rose (sudu makan ye, kalau sudu metrik 1 ½)
1/2 sudu makan jus limau@lemon
Jem blueberry
Mix cheese dan gula, dah sebati masukkan telur. Putar kemudian masukkan jus limau.
Last masukkan tepung gandum dan mix sebatikan.
Kemudian curahkan ke dalam loyang berisi biskut tadi. Jangan lupa loyang alaskan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing. Dah masak biarkan sejuk kemudian toping ikut kehendak korang, blueberry, strawbery@mango. Kalau nak letak toping horlick, semasa nak masukkan dalam oven taburkan atas permukaan kek.
Siap, nanti dah siap bertoping sejukkan ke dalam peti ais baru aummm rasa dia.
Selamat mencuba.
Nak dapatkan barangan atau kelengkapan kek bolehlah klik di sini.https://invol.co/cloqny Senang tak payah beratur panjang di kedai. Shopping online je.
Sambal ikan bilis segera yang dijual di kedai sememangnya jadi pilihan kita sebagai penambah rasa dalam sajian kita. Ia sentiasa jadi pilihan kerana ikan bilis kekal rangup malah rasanya cukup sedap.
Nak tahu apa rahsia kerangupan sambal bilis itu? Selalu kita tertanya-tanya. Rupanya inilah rahsianya yang dikongsikan oleh Noriza Jaja. Tiada penambahan air dalam sambalnya. Patutlah kekal rangup. Jom cuba!
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari-hari tau. Makan dengan apa saja pun sedap. Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.
SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis -dibasuh dan di toskan hingga kering.
Bawang kecil -dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih -pun dihiris.
Cili kering -di basuh dan keringkan
Asam keping, garam dan gula
Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum @ Tepung Tempura Bestari
Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye.
Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
Panaskan api sederhana besar dan goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown boleh angkat dan toskan.
Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
Cili kering tadi digoreng dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye.
Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
Siap untuk dinikmati.
Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yang dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.
Menikmati air coconut shake yang begitu popular di Melaka pasti menggamit kenangan kita. Namun apakan daya, jarak jauh dan PKP membataskan kita untuk menikmati air hebat ini. Tak perlu merentas negeri, apa kata kita cuba buat sendiri sahaja.
Bukan air coconut shake tapi aiskrim coconut shake untuk anak-anak di rumah sepanjang PKP ini. Paling mantap pastikan menggunakan seratus peratus air kelapa tanpa sedikit pun penambahan air kosong. Memang sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nana Rena ini.
Masak apa harini? Kami masak ni ja. Buat aiskrim coconut shake ja. Kami guna air nyoq (kelapa muda) saja. Tak tambah air kosong pun.
Bahan-bahan:
5 biji buah kelapa muda -ambil airnya
Esen vanila
Susu cair 2 tin
Susu pekat 1 tin (nak manis tambah gula dan susu lagi)
Sedikit tepung jagung -tak nak letak pun tak apa
Satukan kesemua bahan dalam periuk.
Biarkan masak sampai mendidih. Tapi pastikan sentiasa dikacau.
Dah masak, bolehlah sejukkan.
Masukkan isi kelapa dalam plastik aiskrim dan tuangkan sekali bancuhan tadi.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.