Sedapnya dapat makan lepat jagung lepas angkat dari periuk kukus. Paling sedap bila tergigit ketulan-ketulan jagung halus itu. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.
Keenakan lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih.
Resipi Lepat Jagung, Tak Perlu Guna Daun Pisang
BAHAN-BAHAN:
2 tongkol jagung (disagat/ guna mincer atau kisar dengan santan)*
1 tongkol jagung (dihiris halus)*
1 cawan santan ( ¾ santan pekat dicampur ¼ air)*
½ cawan tepung beras*
¼ cawan tepung jagung*
¼ tepung gandum*
¼ cawan gula*
Secubit garam*
Kuit jagung (dicuci bersih)
Sedapnya Makan Panas-panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan bertanda (*) di dalam periuk. Kacau atas api yang sederhana sehingga sebati dan kental.
2. Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus. Cedok sedikit bancuhan lepat tadi ke dalam kulit jagung dan kemaskan.
3. Setelah siap, susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa lebih kurang 20 minit.
4. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan ketika panas-panas.
Kredit: Lily Marion
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI