Resipi Lompat Tikam Versi Terengganu Tiga Lapis, Manis Berlemak, Air Gula Padu!

Share

Selain kuih tepung pelita, kuih lompat tikam juga antara resipi yang sentiasa membuatkan hidangan berbuka menjadi cukup istimewa. Resipi lompat tikam versi Terengganu tiga lapisan dengan air gula padu ini anda wajib cuba untuk hidangan petang ini.

Tiga lapisan berlemak dan manis pastinya buat anak makan berebut-rebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nor Al Fatihah ini. Sedap!


Alhamdulillah..siap dessert pembuka hari pertama puasa. Lompat tikam memang tak ada pulut tau, nikmat makan sejuk-sejuk. Saya lebih suka yang putih tu lebih banyak daripada yang hijau..hehe.

#Ramadhan1

LOMPAT TIKAM VERSI TERENGGANU

Bahan-bahan: Lapisan Bawah (Hijau)
1 cwn tepung beras
3 cwn air daun pandan (blend 6-8 helai daun pandan dengan 3 cwn air & tapiskan)
1 sd teh air kapur
Pewarna hijau

Bahan-bahan: Lapisan Atas (Santan)
1 cwn tepung beras
3 1/2 cwn santan sederhana pekat
1 sudu teh penuh garam halus

Bahan Air Gula
2 keping besar gula melaka
1/2 cwn gula merah -tak nak letak boleh skip
3-4 sd besar gula pasir
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan

Untuk lapisan bawah, satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat & meletup-letup tapi jangan terlalu pekat.

Sudukan adunan setengah saja ke dalam acuan @ loyang. Ketepikan dulu.

Untuk lapisan atas, satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat & meletup-letup tapi jangan sampai terlalu pekat. Sudukan ke atas lapisan bawah tadi & ratakan. Biarkan keras/set di dalam peti ais.

Untuk air gula pula, satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Masak hingga semua gula cair & menjadi agak pekat. Tapis & sejukkan.

Tuang air gula ke atas lompat tikam & sedia di nikmati sejuk-sejuk dari peti ais.

Artikel berkaitan: Resipi Pepes Ayam Hidangan Istimewa Puasa, Nak Buat Pun Senang

Jangan Risau Anak Tolak Nasi, Buat Resipi Chicken Rice Ball Ni, Cukup Khasiat & Mudah Disediakan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM