Resipi Makanan Bertekstur Untuk Anak Tak Selera Makan Sebab Nak Tumbuh Gigi

Share

Biasanya bila bayi dah berumur 8 atau 9 bulan ke atas dan mulai nak tumbuh gigi, gusi rasa tak selesa. Selera makan pun berkurang. Mungkin menu yang biasa anak makan tu tak buatkan seleranya bertambah.

Kebanyakan anak-anak bila gusi bengkak, lebih suka mengigit untuk hilangkan rasa tak selesa. Jadi boleh cuba resipi dikongsikan Puan Rina Azrina untuk anaknya yang dalam fasa nak tumbuh gigi dan makan makanan bertekstur.

Haifa sekarang tengah fasa nak makan yang kasar-kasar, kalau bubur camtu memang dia luah balik.

Untuk anak-anak yang tengah bengkak gusi nak tumbuh gigi dan dah mula nak makan yang bertekstur, boleh la cuba masakkan ni.
1. Baked Rice
2. Rice ball ikan merah
3. Pasta and vegetables omelette
4.Fish Cake(begedil Ikan)
5. Murtabak Nasi

Baked Rice

Bahan-bahan:

nasi lembik
bawang putih
paste tomato(prev post)
sayur
ayam/daging
cream cheese

Cara-cara:

1) Tumis bebawang, masukkan ayam. Lepas tu masukkan paste tomato
masuk cream cheese+mixed herb skit. Akhir sekali masukkan nasi

2) Kemudian masukkan adunan tadi dalam bekas. Tuang telur+susu dan bolehlah
tabur parsley flakes. Bakar 10 minit.

Sebelum bakar

Done. Mengancam tak?

Pasta and vegetables omelette

Bahan-bahan:

pasta-rebus dan potong dadu
bebawang cincang
sayur potong dadu
ayam
daun sup
telur

Cara-cara:

tumis bawang hingga naik bau,masukkan ayam.
masukkan pasta
masukkan sayur
kemudian pukul telur hingga kembang (macam buat telur dadar tu)

Masukkan adunan yang di masak tadi. Goreng guna non stick pan. Nampak sedap kan!

Rice ball ikan merah

Bahan-bahan:

nasi lembik
sayur(carot,salad,)
daun sup
bawang
ikan merah-ambik isi

Cara-cara:

Tumis bahan-bahan, masukkan ikan, tunggu hingga ikan masak dan masukkan nasi.

Bentukkan bulat-bulat. Masuk fridge kejap. Celup telur dan goreng

Fish Cake(begedil ikan)

Bahan-bahan:

potato-rebus+mashed
isi ikan
bawang dipotong dadu
daun sup
carrot
jagung
salad
serbuk lada hitam skit

Cara-cara:

Gaul sebati semua. Bentukkan macam begedil. Celup telur kalau nak.

Goreng (Rina masuk air fryer je sekejap)

Murtabak Nasi

Bahan-bahan

nasi lembik
bawang
ikan-masak/rebus sekejap
sayur
gaul sebati semua

Masukkan telur dan goreng.

Nampaak sedapkan? Jadi untuk ibu yang nak tukar selera anak, amat sesuailah cuba resepi ini. Bahan yang sama je kita guna untuk masak makanan anak cuma penyediaannya saja berbeza.

Kredit: Rina Azrina (Resepi Makanan Bayi)

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
Wan Amy