Bosan dengan ketupat dan rendang, hari kedua dan ketiga raya, pastinya makanan special turut disediakan buat anak-anak dan keluarga. Bosan dengan nasi, kita cuba sediakan aneka mi pula untuk anak-anak. Biar nampak istimewanya hari raya kita.

Resipi Mi Kuah super sedap dan power yang disediakan oleh Cheyah Saripuddin ini memang nampak cukup mengiurkan malah paling menarik senang sahaja cara penyediaannya. Bukan itu sahaja malah ia bebas MSG, dapatlah anak makan dengan bebasnya.


Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!

Huh! Lama sungguh tak makan mee kuah macam ni. Campak-campak je terus lesap dua mangkuk jugak semalam. Jom tengok cara paling mudah yang Cheyah nak kongsi. Yang penting bebas msg (tanpa ajinamoto dan kiub pati ayam ke apa).

Bahan-bahan:
2 cawan mee kuning (akan dapat 3-4 mangkuk)
1 dada ayam potong dadu/kecil
10-12 ekor udang kecil
10 biji bebola ikan goreng (potong dua)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang merah (dimayang)
2 pohon lobak/sawi (dibasuh dan toskan)
2 biji telur ayam
1 biji tomato potong empat
Daun sup dan bawang goreng jika nak
Sedikit minyak
Gula dan garam
Air 400ml (agak-agak je pun boleh)

Ads

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan air. Biarkan ia mendidih.

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!Boleh masukkan semua lauk yang ada. Lauk itu terpulang nak tambah apa lagi sama ada sotong daging dan sebagainya.

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!Dah nampak lauk masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. Baru boleh masukkan mee kuning tadi.

Ads

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!Tambahkan sayur sawi dan tomato. Biarkan ia mendidih dan perlahankan api. Baru boleh masukkan telur.

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!Nampak telur hampir masak boleh tutup api dan hidang bersama sambal kicap.

Ads

Resipi Mee Kuah Bebas MSG Tapi Power & Sedap, Gerenti Jadi!

Cheyah tak letak cili sebab anak makan sekali. Dalam ni boleh juga ketuk cili kalau nak pedas.

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba: Paling Ringkas Pedas Power Rendang Negeri Sembilan Paling Senang Nak Buat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI