Kadang-kadang tekak tak terasa nak makan nasi dengan lauk berat. Dapat makan mi berkuah pun sedap. Salah satu jenis mi yang digemari ramai adalah mi celup. Rasa masam dan kuah yang ‘ringan’ membuatkan bila dimakan tak ada rasa muak.
Jika ada yang mahu cuba buat mi celup di rumah, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Tidak susah tapi hasilnya tetap padu!
Resipi Lain: [Buat Kerabu Mi Segera Letak Seafood, Makan Pun Berebut. Sedap Betul!]
Ikuti perkongsian resipi ini.
RESIPI MI CELUP
Ni bahan buat sup:
Pakai tulang/daging pon sedap.. Sy pakai yg ada je
Ayam
Tomato sebiji
Akar ketumbar
Serai 1
Sup bunjut 1
Kulit kayu manis 1
Gula 1 sudu
Perasa/kiub ayam
Garam
Sos ikan thai / nampla sos
Kicap manis
Bahan2 hiasan:
Limau nipis
Kangkung kg celur
Taugeh celur
Lobak masin
ni yg tkde dlm gambar
Minyak bwng putih(racik2 goreng dlm minyak smpi kuning)
Cili serbuk
Letak fishcake ke fishball pon boleh…
Sambal cili (blend lada besar merah, cili api, sos nampla = dh siap buh garam sikit.. Perah sebijik limau nipis)
Resipi Lain: [Cuba Buat Sendiri Meatball Ala Ikea, Ikut Resipi Ni. Anak-Anak Suka, Suami Pun Love!]
Cara Memasak:
1. Rebus je semua bahan buat sup sampai ayam masak.
Kalau anak-anak tak mahu makan nasi atau suami minta masakkan makanan lain, bolehlah para ibu cuba resipi ini. Rata-rata bahannya akan ada dalam dapur kita. Nak dibuat pun tidaklah renyah mana, rebus semua bahan dan perasakan sahaja. Masak senang, rasa sedap. Memang bonus!