Kadang-kadang waktu bersahur kurang berselera untuk makan nasi. Kalau sekadar nak minum air bersama kurma, risau pula anak-anak kelaparan waktu berpuasa esoknya. Jadi perlu ada inisiatif lain untuk menggantikan nasi berlauk.
Resipi Lain: [Resipi Roti Coklat Kismis, Sedap & Gebu Berlemak. Anak Makan, Tak Cukup Sebiji!]
Salah satu hidangan yang boleh ibu sediakan adalah mi goreng basah. Dengan rasa berlemak dan masin kecap serta kemanisan seafood di dalam tu, pasti anak-anak makan bertambah. Nak dibuat pun tak susah, campak-campak bahan siap! Untuk mencuba, bolehlah anda gunakan resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini.
Ramai mintak resepi haritu… Ok skrg update yer..
1. Mee stgh kilo
2. Cili blend 1 senduk(kena byk.. So cari yg tk pedas la)
*cili blend biasa dh siap blend dgn bwng putih dan merah
3. Sawi
4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing2
5. Sos tiram 2 sudu besar
6. Sos cili 1 sudu besar
7. Kicap manis
(bahan2 ni sy guna.. Kalau nak tambah tauhu2 blh je)
Resipi Lain: [Kuih Lompang Cantik, Lembut & Manis. Begini Langkahnya, Cukup Mudah!]
1. Mula2 tumis cili blend sampai garing. Mcm buat sambal tumis. Cili kena byk bru kuah pekat cantik.
2. Masukkan ayam/daging. Tggu sampai ayam masak. Tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lg sampai pekat.
3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee. Gaul rata. Masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tk nak overcooked. Masukkan sawi.
4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.
Siap!