Resipi Mi Kari Power, Biar Didih Sampai Timbul Minyak, Baru Kuah Pekat & Sedap!

Share

Sekian lama menyediakan mi kari namun masih tidak sama rasanya dengan mi kari yang berlemak dan sedap, sama seperti di restoran kegemaran. Rupanya nak hasilkan kuah pekat dan likat perlu ada tekniknya. Patutlah sedap semacam!

Resipi dan tip ringkas yang dikongsikan Pn Fara Lome ini mama wajib cuba. Memang padu habis!


Resipi mi kari cara saya. Resipi kuah mi kari (untuk sebungkus mi yang peket besar)

Bahan-bahan:
Ayam potong kecil
Udang
Santan (saya guna 1 biji lebih, air dalam 2 liter)
Kiub ayam 1

Bahan kisar
Bawang merah 4 biji (besar punya ya)
Bawang putih seulas
Udang kering segenggam (Wajib!! Utk naik kan bau mi kari lagi sedap padu. Sy tak suka guna ikan bilis sebab tak kick)
Cili kering
Serai 2 batang (diketuk)
Serbuk cili
Serbuk Kari daging (sepeket kecik)

Hiasan
Fishcake
FishBall
Telur
Bawang goreng
Cili potong
Sawi celur
Taugey
Daun sup
*Fishcake dan fishball tu nak masukkan terus dalam kuah pun boleh

Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau/bawang masak elok. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis hingga naik minyak. Time Tumis ni taruk terus gula, garam. Nanti baru dah masak baru ejas blik rasa.

Masukkan ayam dan biarkan air ayam kering sedikit.

Then masukkan santan. Kacau hingga mendidih.

Masukkan kiub ayam, udang, tauhu lampung, kerang *optional.

Perasakan dan biarkan mereneh sehingga naik minyak dan warna macam dalam gambar. Bila dah naik minyak warna akan cantik ye.

Siap. Hidangkan dengan bahan hiasan.

Menarik: Resipi Rendang Kerang Raya, Cukup Rasa Garam & Gula, Layan Makan Dengan Ketupat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
SRM