Sesetengah kawasan dalam Malaysia sekarang ada ketikanya hujan. Kalau sejuk-sejuk ni, alangkah sedapnya kalau makan hidangan yang panas. Dapat hangatkan badan dan sedap bila ‘lalu’ di tekak.

Salah satu menu enak dimakan ketika kita mahukan sesuatu yang ringkas adalah Mi Sizzling. Kalau nak makan di food court, sepinggan harganya boleh tahan juga. Baik kita keluarkan sikit modal dan sediakan sendiri di rumah.

Jom belajar resipi hidangan ini dari perkongsian Muhamad Ismail Mohd Ali;

Resepi Mee Sizzling Abang Remy

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Sumber foto: Facebook Muhamad Ismail Mohd Ali

Bahan Kuah:
2 ayam elok paras rupa -potong dan bersihkan.
Rm5 cendawan shiitake kering -rendam dengan air mutlak panas kemudian potong ikut selera ampa
20 tangkai cili kering -potong( + – ikut ampa)
10 ulas bawang putih -cincang
2 inci halia -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
3 sudu teh serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
4 sudu makan tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Garam
**Tambah ikut ampa

Baca Juga:

Ads

Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Sumber foto: Facebook Muhamad Ismail Mohd Ali

Cara Masak:
1. Tumih bawang putih/halia
2. Masukkan ayam (half cooked)
3. Masukkan air bg tenggelam ayam tue
4. Masuk kicap pekat,sos tiram, minyak bijan,lada hitam, kiub pati ayam, cendawan
5. Garam masuk sikit demi sikit. Selesai.

Ads

Tonton video;

**Boleh hidang dah hiasan ikut ampa ja nak letak apa..
**Teloq ayam tue boleh pecah masa buat yee mee tu
**La..lupa pulak dah yee mee tue ampa celor dgn
**Ayaq panas..tu ja la…ada lebih bagi la kat jiran2 sama..kalau jiran ada anak dara lebih afdal bagi lebih…Cabai kicap jgn lupa…

Ads
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Sumber foto: Facebook Muhamad Ismail Mohd Ali

Kalau buat hidangan ni untuk tetamu yang datang ke rumah pun sedap juga, satu kelainan. Makan ni memang tak cukup sepinggan, pasti nak bertambah. Selamat mencuba semua!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI