Resipi Milo Ais Mengigau, Bancuh Cara Ni Memang Sedapnya Lain Macam!

Share

Selalu anak-anak komen kenapa milo yang dibancuh di rumah tak sama rasanya dengan di kedai. Rupanya bukan hanya sukatan bahkan cara membancuh juga turut memainkan peranan.

Nak cuba milo ais sama sedapnya macam kedai? Apa kata cuba resipi dan perkongsian Chef Amer ini pula di rumah. Memamg sedapnya lain macam.


Milo, satu produk berasaskan koko yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita semua membesar bersamanya sehingga kan ada yang terlebih ‘besar’ seperti saya sekarang. He..he.

Tentu ramai yang setuju kalau saya katakan MILO yang kita rasa sekarang, jauh berubah rasanya dengan yang dahulu.

Tidak lemak dan kurang ‘kick’, hanya terasa manisnya yang lebih. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Untuk merasai nikmat MILO seperti dahulu, kita boleh cuba dapatkan Milo dalam tin yang dikeluarkan di Australia tetapi harganya agak premium lah.

Untuk berat 1 kg, biasanya harga dalam RM45 – RM50, jauh berbanding yang dikeluarkan di Malaysia cuma RM15 untuk 1.5 kg.

Apa bezanya? Milo Australia lebih ‘Creamy’ atau bersusu kerana diperbuat dari susu lembu asli berbanding Milo Malaysia yang lebih manis dan menggunakan serbuk krimer sahaja.

Apa-apa pun terpulang kepada citarasa dan selera masing-masing. Dua-dua ada kelebihan dan pengemarnya kerana sedap itu sangat subjektif.

Jika suka yang manis dan berkoko, boleh pilih Milo Malaysia. Pastinya lebih murah. Bagi yang suka lebih berlemak dan bersusu, minum lah Milo Australia tetapi perlu bayar lebih.

Tidak perlu kita berbalah kerana kita bebas memilih apa yang kita mahukan. Di sini saya kongsikan resepi MILO AIS MENGIGAU yang padu lemak berkrim kegemaran anak-anak saya.

Untuk 6 hidangan
12 sudu serbuk milo Australia
2 gelas air panas
250ml susu kotak penuh krim
6 sudu susu pekat manis
4 gelas kiub ais

1. Masukkan milo dan air panas ke dalam blender – kisar selama 15 saat.
* Proses mengisar ini akan menjadikan serbuk milo lebih ‘homogeneous’ atau sebati.

2. Masukkan susu kotak dan susu pekat manis – kisar lagi 15 saat.
* Boleh juga diletakkan 1/3 camca kecil Nescafe untuk kelainan rasa.

3. Masukkan ais dan biarkan sebentar.

4. Rasanya lebih ‘sempurna’ selepas 5 – 10 minit.

Rasa sekali, pasti terbawa ke mimpi.

Chef Amer – The Chocolatier
Seorang pembuat coklat dan air berkoko.

Menarik: Ayash Senyum Dekat Siapa Tu, Majlis Tahnik & Cukup Jambul Ayash Affan Serba Putih

Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM