Menu murtabak sudah semestinya begitu disukai malah dicari-cari sepanjang bulan puasa ini. Tidak yakin untuk menyediakan sendiri murtabak di rumah, apa kata anda cuba mini murtabak ini dahulu buat keluarga.
Paling menarik, tak perlukan adunan kulit daripada tepung sebaliknya hanya gunakan kulit popia sahaja. Jom cuba resipi mini murtabak yang dikongsikan oleh Pn Dianadiandra Diana ini. Cukup mudah!
Ni bukan masakan tak jadi. Tapi saya nak share resepi “MINI MURTABAK” versi saya. Resepi ada di setiap gambar.
Bahan-bahan:- Kulit popia
3 biji ubi kentang (potong dadu)
2 biji bwg besar (saya guna bawang holland)
1 ulas bwg putih (di dadu)
3 sudu makan rmpah kari ikan
Daun sup atau daun bwg
Isi aym @ daging di cincang
Telur ayam (2 biji)
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan merah, masukkan rempah dan tuang sedikit air (jangan banyak).
Lepas rempah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sebati dan masak sampai kering (dengan api sederhana).
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur dan gaul sebati.
Ini rupa inti setelah digaul bersama telur tadi.
Letakkan di atas kulit popia. Lipat seperti bentuk murtabak.
Begini hasil setelah dilipat.
Goreng dalam periuk ajaib atau pan yang tak melekat dengan minyak yang sedikit. Jika mahu garing atau sebaliknya, terpulang pada anda. Balik-balikkan kedua-dua belah sehingga masak.
Siap untuk dihidangkan.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)