Walau dianggap mudah bagi sesetengah orang, namun menyediakan sarapan pada anak selalu buat ibu pening kepala. Apa kata cuba menu ringkas tiga bahan ini pula untuk sarapan anak-anak.
Mudah, padat, sedap dan paling penting mengenyangkan perut anak-anak yang kelaparan. Jom cuba menu ekspress yang dikongsikan oleh Pn Rosie Zam ini. Memang terliur!
Hai gaiss. Dah sarapan ke tu? Nah saya nak bagi resepi mozarella sandwich toast ni. Senang saja nak buatnya. Rasanya memang terbaik lemak-lemak masin rasa cheese dan butter tu.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Roti
Mozarella cheese
Butter
Cairkan sedikit butter dahulu.
Kemudian letakkan roti ke atas butter tadi. Ratakan butter pada roti.
Taburkan mozarella cheese ke atas roti tadi.
Kemudian tutuplah dengan sekeping roti ke atasnya.
Letakkan pula sedikit butter seperti dalam gambar ni.
Bila sebelah bahagian dah kekuningan boleh terbalikkan. Dalam gambar ni macam dah terhangit sedikit huhu. Nasiblah.
Walaaa ni dah siap bolehlah dipotong dan makan semasa panas-panas lagi. Jemput tengok semua.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Roti Bakar Pisang Cukup Rangup Dan Rasa Lemak-Lemak Manis, Tak Cukup Makan Satu
Roti Gulung Sosej Berjejari, Simple Je Buat Tapi Rasanya Terbaik
Roti Terbiar Sampai Nak Expired, Buatkan Roti Bakar 3 Bahan Ni, Habis Licin!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI