Kuih akok ini agak popular lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Jika dilihat cara pembuatan secara tradisional sangat merumitkan. Tidak hairanlah ramai yang hanya membeli di kedai sahaja. Namun, dengan teknologi yang ada sekarang, resipi sudah diolah dan lebih memudahkan bagi yang ingin mencuba untuk membuat kuih ini sendiri di rumah.

Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!

Resipi akok menggunakan pembakar roti yang dikongsi oleh Puan Halimatun AsSaadiah Ismail‎ sangat mudah. Confirm jadi dan senang disediakan. Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka nanti.

Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telur walaupun dah sejuk..

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti, Rasa Tetap Sedap & Lembut!

Resepi sy dah adjust sikit

(1 cawan air + Gula pasir + gula merah + daun pandan) Masak air gula & sejukkan
Sukatan ikut kemanisan masing-masing

Ads

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti, Rasa Tetap Sedap & Lembut!

Bahan-Bahan

1) 5 biji telur
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gambar (option)

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti, Rasa Tetap Sedap & Lembut!

Ads

Perisa pandan ni ada color.. so nampak kuih akok tu seakan-akan hijau.. tak perlu blend daun pandan dah..

3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan (blend semua sekali dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak untuk effect golden brown
7) Masukkan air gula yang dah sejuk tadi, blend sekejap

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti, Rasa Tetap Sedap & Lembut!

Ads

Lepas tuang sila tutup ye.. bakar selama lebih kurang 5 minit.. kalau masih belum nampak golden brown tutup semula penutup then bakar lagi..

Bakar sampai jadi golden brown…

Resipi Mudah Akok Guna Pembakar Roti, Rasa Tetap Sedap & Lembut!

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Baca: Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur, Mudah Je Nak Buat. Makan Pun Sedap!

Sumber: Halimatun AsSaadiah Is

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI