Pisang Karamel merupakan juadah ringan atau pencuci mulut yang mudah disediakan. Bahan-bahan yang perlu disediakan pun sangat mudah. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Kalau sebelum ini kita buatkan untuk keluarga yang lebih dewasa, kali ini apa kata cuba buatkan untuk si manja anda. Yang paling penting bahan-bahanya haruslah tiada garam, tiada guna. Jom cuba resipi mudah ni!
Breakfast harini Mummy buat PISANG CARAMEL 🍌 Memang sedap mummy dia pun makan sama 😂 boleh naikkan berat baby jugak menu ni 😍
Resipi Pisang Caramel
Guna 3 bahan:
Pisang 🍌
Unsalted butter 🧈
Susu Full Cream
#baby9m
Cara penyediaan;
Potong bisang dalam bentuk yang kecil. Panaskan unsalted butter, masukkan pisang dan kemudian masukkan susu full cream. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Kredit:Syqila Rzk
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.