Ibu ayah boleh lebih kreatif dalam penyediaan hidangan untuk anak-anak. Apa kata ibu ayah cuba resipi pancake haiwan dan buat bersama anak-anak. Memang seronok dan akan jadi lebih kreatif bila buat bersama.
Elok jer hujan berhenti, anak-anak minta nak makan pancake. Sebab dah boring pancake bulat, daddy buat pancake haiwan pulak. Walaupun huduh tapi ada bentuk dan ada rasa. Hahaha laju kemain depa makan. Elok aku siap depa pun dah siap makan.
Nah resepi Pancake Haiwan oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan-bahan untuk projek ini:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream/low fat whatever
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu butter atau marjerin atau minyak masak
1-2 jenis pewarna
Projek ini elok dilaksanakan bersama anak-anak:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dalam bekas dan kacau sebati. Atau masukkan dalam blender dan putarrrr.
2. Masukkan adunan dalam botol bermuncung. Guna 2 botol dan buat 2 bahagian. Salah satu botol masukkan pewarna. Tak kisah warna apa yang ada.
3. Panaskan non-stick pan dengan api paling slow.
4. Picit botol dan lukislah bentuk kesukaan korang. Buat outline dia dulu lepas tu baru fill dengan kaler.
5. Biar sampai keluar bubble dan berlubang-lubang kemudian balikkan.
Siap.
Dapatlah dalam 9-10 ekor haiwan.
Hidangkan dengan madu atau susu atau enak juga dimakan begitu saja, oohhhh gard… ehhh termenyanyi pulak. Tadi anak-anak aku masing-masing dapat makan seekor dinasour, rimau dan itik.
Yang ini daddy punya..
Kenyang 3 hari 3 malam lah gamaknya
*Madu sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas sahaja
Kredit:Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI