Resipi muffin sememangnya cukup mudah nak disediakan. Namun muffin apa jadi pilihan mama semua? Apa kata cuba Muffin Milo air tangan chef media sosial, Azlina Ina yang paling mudah disediakan.
Tak perlukan mixer untuk sebatikan, sebaliknya hanya kacau dengan senduk sahaja. Memang mudah!
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A atau B -kocak macam dadar je
1 cawan butter cair
Sedikit emolco coklat
2 cawan air milo kotak -nk guna susu segar pun boleh
Sedikit esen vanila
1 cawan 1/2 gula perang halus atau gula castor
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko
3 1/2cawan tepung naik sendiri
1sk soda bikarbonat
coklat chips sebagai hiasan
Satukan kesemua bahan kering.
Kemudian satukan semua bahan basah.
Masukkan bahan kering dalam bahan basah dan kacau guna senduk.
Dah siap, masukkan dalam cup. Panaskan oven siap-siap.
Tabur coklat chips dan bakar pada suhu 180 selama 20 minit.
Siap bolehlah di hidang. Senang sangat!
Menarik:Resipi Aprikot Custard Tart, Manis Cantik Berkilat, Sedapnya!
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI