Muffin pandan antara resipi yang paling mudah nak disediakan, lebih mudah jika mama hanya menggunakan air fryer sahaja untuk membakar kuih ini. Jom ikuti resipi ringkas ini.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Pandan muffin
Resepi dia mudah je, lembut gebu, sedap pulak tu tapi jangan tuang penuh kalau tidak… 🤣
Bahan-bahan:
(untuk 15 biji)
A: 1 1/2 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3/4 cawan gula
1 telur
1/4 sudu teh pewarna pandan
Baca: ANAK SUKA MAKAN MANIS SAMPAI GIGI ROSAK. INI CARA IBU AYAH NAK ATASI
B: 2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
Cara-cara:
1. Campurkan bahan A. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan B.
2. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, isikan kira-kira 3/4 daripadanya.
3. Panaskan air fryer hingga 150 darjah selama 3 minit.
4: Masak selama 15 minit.
Sumber Resipi & Gambar: Nur Filzah Akma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/