Kalau jenis ‘tangan keras’ susah juga nak cuba resipi kuih yang perlu dibungkus dalam daun pisang atau daun pandan. Tapi dalam hati teringin nak buat, sebab biasanya kuih berbungkus ni semuanya sedap-sedap.

Untuk lebih mudah, Farisha Sofea berkongsi resipi kuih nagasari jagung yang tidak perlu dibungkus. Dengan hanya menggunakan acuan comel, kuih nagasari nampak menarik untuk dimakan.

Resipi lain: [Baby Cakoi Cicah Sos Pandan Kastard. Makan Panas-Panas Memang Terangkat!]

Ikuti perkongsian resipi ini.

Ads

Resipi Nagasari Jagung, Comel-Comel Guna Acuan. Tak Payah Susah Nak Bungkus!

💓 NAGASARI JAGUNG VERSI ACUAN 💓
Bahan-Bahan :

1 paket tepung hoen kwee
1 tin jagung manis ( buang air dan toskan )
250ml santan pekat
600ml air
170g gula
1/2 sk esen pandan
Garam secubit untuk rasa lemak

Resipi Nagasari Jagung, Comel-Comel Guna Acuan. Tak Payah Susah Nak Bungkus!

Ads

Resipi lain: [Kek Marjerin Terlajak Senang, Wangi & Gebu. Guna Sukatan Cawan Je!]

Cara-Cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung dan kacau sebati.
    Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
  2. Sentiasa kacau sehingga adunan sedikit pekat. Kemudian masukkan jagung.
  3. Masak adunan sehingga pekat dan meletup-letup. Tutupkan api.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.

Resipi Nagasari Jagung, Comel-Comel Guna Acuan. Tak Payah Susah Nak Bungkus!

Ads

5. Ulang proses sehingga selesai. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dikeluarkan daripada      acuan. Siap.

Sedia dihidang 💓

Biasanya kuih nagasari ini menggunakan buah pisang sebagai inti dan dibungkus dalam daun pisang. Kemudian akan dikukus 15-20 minit sebelum betul-betul masak. Kuih nagasari cara lama itu rasanya berlemak dengan santan dan pisang. Kemudian tambah selera kerana aroma daun pisang yang digunakan untuk membungkusnya. Kuih orang lama, diberi nafas baru rasanya sama-sama sedap.

Resipi ini recommended untuk dibuat. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI