Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak-Anak, Bentuk Comel, Sedap Lagi Jimat!

Share

Masa yang suntuk membuatkan deretan makanan yang mudah seperti nuget menjadi pilihan kita untuk anak-anak. Namun rasa khuatir dengan kandungan bahannya membuatkan ibu berfikir banyak kali sebelum menyediakan untuk anak. Mahu lebih selamat, apa kata ibu sediakan sendiri nuget homemade di rumah.

Resipi nuget tempura yang dikongsikan oleh Rosmizah Yussof ini semestinya sedap dan paling penting selamat kandungan bahannya untuk anak-anak kita. Jom cuba!


Satu lagi resepi untuk habiskan stok dada ayam. Jom buat tempura.

Bahan -bahan
2 keping dada ayam dipotong dadu
1 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu tepung ubi
1 sudu perencah daging lada hitam maggie
Sedikit daun sup
Sebiji telur ayam (kalau telur saiz kecik boleh letak 2 @3 bijik)
Lobak
Tepung bestari

Kalau tak ada perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam, sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka).

Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender.

Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender. Guna blender kering. Kalau tak ada tumbuk guna lesung pun boleh. Lagi terasa ayamnya.

Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang.

Kukus selama 15 minit.

Siap kukus. Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing-masing.

Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih.

Bancuh tepung bestari dengan sedikit air. Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang. Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.

Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Resipi Sosej Homemade, Air Tangan Ibu, Lagi Sedap & Selamat

Bebola Ayam Homemade, Sedap & Mudah, Air Tangan Istimewa & Ringkas Untuk Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM