Resipi Nasi Arab Mudah, Tak Guna Rempah Yang Dijual Pun. 27k Perkongsian, Memang Padu!

Share

Hidangan nasi arab memang sangat mudah nak disediakan. Bagi yang tidak pernah mencuba pasti anda terfikir hidangan nasi arab sesuatu yang leceh untuk disediakan. Nasi arab mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

Bagi anda yang ingin mencuba masak nasi arab tanpa menggunakan rempah yang dijual di kedai, anda boleh cuba resipi ini.

Jumpa resepi nasi arab mudah ni. Kita dah try kelmarin memang sedap. Walaupun tanpa guna rempah nasi arab yang biasa di jual.

Bahan untuk rebusan ayam & sup;
1 biji tomato
1 sk jintan manis (biji)
1 sk ketumbar (biji)
3 biji buah pelaga
1kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
Akar ketumbar
Garam

Untuk nasi;
Tumis bawang besar halia & 3 sekawan
Ambil air rebusan ayam
1 cawan beras 2 cawan air
Saya tumis dengan butter sebab tak ada minyak sapi

Sambal arab;
Cili api & cili merah
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam
(Blend + jus lemon)

Salatoh;
Macam dalam gambar. Nenas tu saya tambah je. Garam gula + jus lemon…bkn guna cuka

Ayam yang nak bakar tambah bahan perapan ni:
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar/madu (saya letak dua-dua)
Minyak masak (2 sdb)

Selamat mencuba!

Kredit: Norul Azmah via MAHN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa