Bosan dengan aneka lauk pauk yang sarat, apa kata kita simpan tenaga untuk sediakan menu yang mudah tapi cukup istimewa pada anak-anak dan suami.
Resipi Nasi Arab mudah ini mama wajib cuba. Bahan ringkas dan mudah didapati. Nak buat pun cukup senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nik Imana.
Alhamdulilliah, dah nak masuk 5 tahun jadi isteri orang. Hari ni masak Nasi Arab Mandy Ayam, resepi dah pernah share dalam group ni masa PKP tahun lepas, tapi tak pe lah kita share lagi sekali.
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi
Ayam -bahagian whole leg
1 btg kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam
1/2 jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 biji pati ayam
Sedikit garam
1 biji tomato
1 biji cili hijau
Minyak sapi
Daun ketumbar
Sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili.
Bahan salatah:
Bawang hollan
Timun batang
Tomato
Lemon
Garam dan gula
Bahan Sambal:
Cili merah
Tomato
Daun ketumbar
Perasakan dengan garam & perahan lemon
Ads
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan 1 btg kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur).
2. Untuk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak payah rendam, nanti hancur nasi korang tu.
3. Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves. Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras tadi, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam skit.
Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kt nasi tu sikit utk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
Ads
4. Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi aku tak suka, so aku panggang je.
5. Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecik-kecik. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau tak ada lemon, guna je cuka pun boleh.
6. Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.
7. Untuk sup pulak, lebihan air rebusan ayam tadi aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning.
Ads
8. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu makan dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja goreng pisang, pasti terbayang dek kerangupan dan rasa pisangnya yang manis dan tidak keras. Biasanya tepung beras pasti jadi pilihan kita untuk merangupkan adunan pisang namun berbeza dengan resipi ini.
Resipi perkongsian Umi Watie ini lain dari yang lain. Rupanya penggunaan bahan istimewa ni buat goreng pisang jadi lebih rangup. Jom cuba!
Hari tu ada yang tanya resipi goreng pisang rangup. Jadi, hari ini kakchik share resipinya. Resipi best ni kak chik dapat dari abah. Abah kakchik dulu pernah jadi penjaja pisang goreng ditepi jalan.
Tepung goreng abah memang berbeza, tak pakai tepung beras dan telur. Tapi rangup yakmat. Krup krap krup krap sekali makan tak berhenti menyuap. Akram suka betul, dia pilih kuping saja. Lain kali Umi goreng tepung kosong je lah. Senang kerja Umi. Jom kita start.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
Serbuk kunyit
Garam
2 sb marjerin
4 ketul ais batu
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak demam kebiasaannya seleranya pun akan turut terjejas. Tak perlu macam-macam hidangan, bubur ringkas saja dah cukup untuk anak.
Nak bubur ala Mc Donald? Tak perlu beli, buatkan saja seperti resipi ringkas yang dikongsikan superdaddy, Khairul Abdullah ini. Mudah!
Anak bongsu aku demam. Macam biasa aku buat bubur ayam ala Mekdi, sebijik rasa dia. Anak-anak yang tekak dia tak berapa best sebab batuk pun boleh makan habis semangkuk.
Nak buat pun mudah yakmat. Hanya perlukan beberapa bahan jer:
1 ½ cawan beras dibasuh dan biar rendam.
1-2 ketul dada ayam.
1 inci halia, diketuk atau diracik halus.
1 kiub pati ayam atau 2 sudu serbuk pati ayam.
Dan garam jika perlu.
1. Rebus ayam dengan air yang banyak sampai masak atau empuk dan keluarkan ayam tu dari periuk. Biarkan air rebusan yang tengah mendidih tu, tak payah tutup api, terus masukkan beras tadi.
2. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak. Ayam yang dah dikeluarkan tadi tu, bila dah sejuk bolehlah siat-siat isi dia tu. Sambil-sambil tu kacaulah bubur, takut hangit dibahagian bawah pulak. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak.
3. Dah masak, ejas lah nak pekat macamana bubur tu. Nak cair tambah air, kalau nak pekat biarkanlah seketika. Dah dapat tekstur atau kepekatan yang kita nak tu kemudian masukkan halia dan kiub atau pati ayam tadi.
4. Kacau sekejap, dan masukkan garam jika perlu. Rasa dulu sebelum masukkan garam tu. Biasanya masin dari pati ayam tadi sudah memadai.
Tutup api dan hidangkanlah. Tabur isi ayam, bawang goreng, daun bawang, daun sup dan potongan cili jika mahu. Pastu titiskan sesudu minyak bijan. Bau dia umphh itu.
Pastu nak letak kicap pun boleh, nak letak telur masin boleh, nak letak ikan bilis, nak letak chilli oil boleh, nak tambah cili padi boleh nak tabur kacang pun boleh. Suka hatilah.
Anak tidak mahu makan nasi sememangnya buat ibu mula rasa rungsing. Selain menyediakan pilihan seperti roti atau aneka pasta dan mi, menyediakan menu kreatif sambil menyorokkan nasi atau sumber karbohidrat lain di dalam makanan anak patut mama cuba. Dengan cara sebegini barulah anak makan nasi tanpa disedari.
Bebola Nasi Carbonara, ilham menu kreatif daripada Resipi Rarra Sakura ini mama boleh cuba dihujung minggu ini. Kepalkan sahaja dan biar anak makan sendiri. Pasti anak makan bertambah. Jom ikuti langkahnya.
Bebola Nasi Carbonara nama diberi. Hi mommies..tengah kejar-kejar anak bagi makan ke?. Anak tolak nasi? Jangan susah hati, resipi sedap ni sure anak nak makan nasi. Kiranya penipuan menjadi dengan jaya la tu.
Bahan A:
1 mangkuk nasi
1 biji telur
Bahan B:
Bawang holland – cincang
Bawang putih – cincang
Cendawan, bayam, carrot, celery, capsicum – cincang
Isi ayam- cincang
3 sb paste carbonara preego
Serbuk lada hitam
Serbuk ayam homemade
Ok semua ni. Tumis bahan b dengan sedikit minyak zaitun sampai layu, masukkan isi ayam, masukkan sayur-sayuran. Tambah serbuk ayam homemade dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga paste carbonara tadi. Masa ni bau dia sedap betul. Tak perlu masak sangat. Boleh tutup api.
Amik bahan A iaitu nasi ditambah dengan sebiji telur, digaul-gaulkan sebati.
Masukkan pula bahan yang dimasak. Gaul sekali. Kemudian kepal bulat-bulat atau apa-apa bentuk yang disukai.
Sejukkan sekejap dalam fridge, boleh terus goreng sampai kekuningan. Sekiranya nak simpan lama sikit, mungkin dalam 2 atau 3 hari, kukus dulu bebola baru simpan dalam peti beku. Nak goreng defrost je. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.