Bagi yang tak tahu nak masak apa hujung minggu ni boleh cuba resipi nasi beriani dan daging beriani mudah yang dikongsi oleh Noor Atika Mahamood.
Bahan-bahanya :
– 3 cawan beras basmathi
– Butter utk menumis
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 3 kuntum bunga lawang
– 1 batang kulit kayu manis
– 4 biji buah pelaga
– garam secukupnya
– 1 kiub ayam
– 2 sudu rempah beriani
– Pewarna kuning
Bahan Blend :
– 6 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia
Cara-caranya :
1) Panaskan butter, tumis bahan yang dikisar. Masukkan 3 sekawan sampai naik bau.
2) Masukkan beras, garam, kiub ayam, rempah beriani, susu cair & air. Sebatikan lps tu ttp periuk, slowkan api.
3) Bila nasi dh kering masukkan pewarna kuning. Tutup dan biarkan kering lg.
4) Dah kering, gemburkan guna garfu. Siap.
DAGING BERIANI
– 1 kilo daging (rebus sampai lembut)
– 1 cawan air
– 1 paket kecil rmpah beriani MAK SITI
– kentang potong 4
– sedikit susu cair (agak2)
– 2 sudu cili kisar
– 3 sekawan
– daun ketumbar
– tomato potong 4
– garam & perasa secukupnya
Bahan Kisar :
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak, tumis 3 sekawan, bahan kisar sehingga naik bau, masukkan rempah beriani & cili kisar.
2) Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.
3) Masukkan susu sejat sikit. Tambahkan air, garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Siap!!!
**Selamat mencuba